Puteri Salma pecah tradisi
| KERABAT diraja Maghribi, atau lebih tepat Raja Mohammed VI, mencipta sejarah apabila pertama kali memperkenalkan isterinya, Puteri Lalla Salma, kepada umum beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung pada 21 Mac 2002. | KERABAT diraja Maghribi, atau lebih tepat Raja Mohammed VI, mencipta sejarah apabila pertama kali memperkenalkan isterinya, Puteri Lalla Salma, kepada umum beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung pada 21 Mac 2002.
Sebelum itu isteri raja Maghribi tidak pernah diketahui umum. Malah tiada siapa tahu Raja Hassan, bapa Raja Mohammed VI, berkahwin hinggalah isterinya melahirkan anak sulungnya. Isteri Raja Hassan juga jarang keluar di khalayak ramai.
Atas sebab itu perkahwinan Raja Mohammed, yang berjanji menangani masalah kemiskinan rakyat dan rasuah, dilihat sebagai proses pemodenan Maghribi.
Semuanya bermula dengan pengumuman pertunangannya dengan Salma pada 2001. Dalam erti kata lain, Salma atau nama sebenarnya Salma Bennani adalah detik perubahan buat Magribi.
Salma adalah anak seorang profesor dan lahir di Fez pada 10 Mei 1978. Ibunya meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun dan dia dibesarkan neneknya. Selepas selesai sekolah di Rabat, Salma melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah dalam bidang sains komputer dari Institut Ecole Nationale Superieure d扞nformatique et d扐nalyse des Systemes.
Dia kemudian bekerja di Omnium Nord-Africain Group di Casablanca sebagai jurutera khidmat maklumat. Pada 1999, Salma dan Mohammed dipercayai berkenalan pada majlis keraian di rumah rakan mereka.
Gambar pertama perkahwinan mereka disiar di muka depan akhbar Maghribi. Meskipun hanya dihadiri keluarga kerabat diraja, perkahwinan itu dilihat sebagai bayangan pemodenan kerabat Maghribi.
|