View: 12720|Reply: 56
|
Ada ke hadith @ sirah yang macam nih?
[Copy link]
|
|
Assalamu'alaikum...
ada seorang forumer yang membuat posting di RSF.. begini isi postingnya :
http://mforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=5
post #108
nak saya tlg jawab semuanya
tapi ada yg lebih dulu jawab, tak ape lah
cuma soalan no8 tu:
dlm riwayat pada suatu ketika NABI dlm keadaan marah, lalu minta
sesiapa saja bertanya, lalau ada seorang bertanya kepada NABI:
DIMANAKAH AYAHKU. lalu jawab NABI: DALAM NERAKA
lalu orang itu hendak berlalu, lalu dipanggil kembali oleh NABI lalu BERKATA:
AYAHMU DAN AYAHKU DALAM NERAKA
(itu yg saya baca dan dapat)
adakah benar kata2 dia?
Takkan bapa Nabi Muhammad s.a.w, yang tidak tahu tentang Islam, masuk neraka?
ada sapa2 yang dapat clarifykan dan bagi penerangn tentang perkara ini? thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada....tak pernah ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 20-1-2009 01:58 PM
Assalamu'alaikum...
ada seorang forumer yang membuat posting di RSF.. begini isi postingnya :
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=359286&extra=page%3D1&page=5
post #108
...
astaghfirullah..
tak penah dengar lak benda ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
persoalan aku nabi pernah marah ker??
setahu aku nabi mempunyai sifat yg penyabar malah tidak mudah marah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 baby_bro85\ catat
itu apa yang saya tahu...
tapi manalah tahu, hadith terlalu banyak, maybe ada kawan2 kat sini yang pernah terjumpe dengan kisah ini, itu yang saya cuba tanya....
kat sini saudara ibnur banyak membantu saya menjawab persoalan, mungkin bro ibnur boleh tolong checkkan untuk saya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 20-1-2009 01:58 PM
Assalamu'alaikum...
ada seorang forumer yang membuat posting di RSF.. begini isi postingnya :
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=359286&extra=page%3D1&page=5
post #108
...
Tentang nabi dalam keadaan marah tu saya tak pasti..
tapi tentang hadis yang matannya mengatakan bapa nabi dan bapa orang itu dalam neraka memang ada!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 Hang\ catat
ohh ye ke? boleh tak bagi saya hadith tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 gunblade712\ catat
nak tau gak.........
tapi bukanlah nabi jika baginda meminta orang bertanya kepadanya dalam keadaan marah.....
itu bukan akhlak baginda.....
takpa meh kita check dulu kalo2 sapa2 boleh bawaqk hadis tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 ussopp\ catat
ha'ah, betul tuh bro...
it sounds like as if Prophet Muhammad s.a.w. is 'cursing'.. (na'uzubillah) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baby_bro85 at 20-1-2009 02:26 PM
persoalan aku nabi pernah marah ker??
setahu aku nabi mempunyai sifat yg penyabar malah tidak mudah marah..
nabi muhammad pernah marah. tak silap dia marah penggali kubur yg berzina dgn mayat. dia halau penggali kubur tu hingga ditegur oleh Allah S.W.T, apabila baginda menilai seorang hamba Allah berkenaan dengan dosanya. (Sila rujuk kisah penggali kubur yang berzina dengan mayat perempuan).
di sini cuba kita renungkan sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Abu Lais as Samarqandi. kisah ini juga disebut di dalam sebuah kitab karangan Imam Ghazali bertajuk 'Mukasyafatul Qulub'.
kredits to : http://hafizquran.blogspot.com/2 ... enjelang-hari2.html
Suatu hari Umar Al Khattab masuk menemui Baginda Nabi s.a.w dalam keadaan menangis. lalu Baginda bertanya "apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Umar?"
jawab Umar " di hadapan sana ada seorang pemuda yang telah meruntuhkan hatiku dengan tangisannya "
lalu Baginda memerintahkan pemuda tersebut supaya masuk lalu bertanya " apa yang membuatkan kamu menangis sedemikian rupa?"
jawab si pemuda " dosaku terlalu besar ya Rasulullah.. "
Baginda bertanya " adakah kamu menyekutukan Allah?"
" tidak ya Rasulullah.."
" adakah kamu membunuh jiwa tanpa hak ?"
" tidak ya Rasulullah.."
sabda baginda " kalau demikian Allah akan ampunkan dosamu walau sebesar mana sekalipun.."
kata si pemuda " tapi dosaku terlalu besar ya Rasulullah.."
" adakah dosamu lebih besar dari kursi Allah ?"
" ya..dosaku lebih besar dari kursi Allah.."
" adakah dosamu lebih besar dari arasy Allah ?"
" ya ..dosaku lebih besar dari arasy Allah.."
" adakah dosamu lebih besar dari Allah..?"
" bahkan..Allah lah yang lebih besar..". jawab pemuda akhirnya.
lalu Rasulullah meminta si pemuda menceritakan dosanya tersebut.
" aku sangat malu untuk menceritakannya ya Rasulullah.."
lalu pemuda tersebut menceritakan..
aku seorang penggali kubur. kerjaku mencuri kain kafan. suatu hari aku menggali kubur seorang wanita dari kaum ansar yang baru meninggal dunia. setelah aku gali,aku telanjangkan si mayat tadi dan ku ambil kain kafannya. selang beberapa langkah inginku tinggalkan kuburnya tiba2 syaitan mencucuk nafsuku..lantas aku kembali dan ku setubuhi mayat wanita tersebut . apabila aku ingin meninggalkannya tiba2 mayat tersebut bangkit lalu menjerit kepadaku.
" celaka kamu wahai pemuda ! kamu telanjangkan aku di hadapan ahli kubur yang ramai ini kemudian kamu tinggalkan aku dalam keadaan berjunub menghadap Tuhanku..!"
lalu aku terkejut dan menangis ya Rasulullah...aku menyesal.."
mendengar ceritanya Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan lantas meluru dan menolak bahu si pemuda seraya berkata " pergilah kamu ! sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu !"
bayangkan bagaimana keadaan jiwa pemuda tersebut. Rasulullah sendiri tidak dapat menerima kesalahan yang dilakukannya. sememangnya bukan kecil dosa tersebut bahkan sangat besar. berzina dengan manusia yang hidup masih memungkinkan untuk meminta maaf tetapi bagaimana keadaannya kalau yang dianiaya itu adalah mayat yang bakal reput..
berbalik kepada cerita tadi.. si pemuda itu menangis dan terus memohon taubat daripada Allah ta'ala. diriwayatkan dia meminta ampun selama 40 hari 40 malam sehingga akhirnya dalam doanya dia meminta :
" Ya Allah andainya Engkau telah ampunkan aku maka tolong khabarkan kepada Muhammad dan sahabt2nya.."
lalu jibril turun menemui baginda s.a.w. dengan katanya ;
" ya Rasulullah. Tuhanmu berkirim salam kepadamu .."
sesudah dijawab salam tersebut lalu kata Jibril ; " aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu.
"adakah engkau yang menciptakan makhluk ? "
"bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.."
kata jibril " Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."
lalu Baginda menghantar utusan menjemput si pemuda dan memberi khabar gembira bahwa taubatnya telahpun diterima.
[ Last edited by bzzts at 20-1-2009 04:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya benar apa yg sdr quote tu sebenarnya adalah dari sebuah hadis yg sahih. Saya sendiri pernah mendengar hadis ini dibaca dlm kuliah agama beberapa kali. Nanti nak kena balik dan cari semula kaset2 yg pernah dirakam mengenai hadis ini.
Tentang nabi dalam keadaan marah tu saya tak pasti..
Ya betul. Seingat saya, dan jika tidak silap hadis ini bermula apabila Nabi SAW melalui kawasan perkuburan dan mendapati seorang yg sedang menziarahi pusara bapanya. Lantas orang tersebut bertanya kepada Nabi SAW di manakah bapanya sekarang ( maksudnya apakah nasib bapanya di negeri akhirat kelak ). Lalu Nabi SAW menjawab bahawa : bapa kamu di neraka.
Seraya mendengar jawapan Nabi SAW itu maka orang tersebut merasa tersangat sedit dan menangis. Kemudiannya maka dijawab oleh Nabi SAW spt mana yg sdr quote kat atas tu. - Bapa ku pun di neraka.
adakah benar kata2 dia?
Takkan bapa Nabi Muhammad s.a.w, yang tidak tahu tentang Islam, masuk neraka?
Okay psl ini, Ustaz yg mengajar di dlm kuliah tersebut menjelaskan tafsiran ulamak berkaitan maksud Nabi SAW itu. Walau pun Islam disebarkan dgn lebih teratur apabila Nabi SAW mendapat wahyu dari Allah SWT kpd penduduk Mekah dan kemudiannya Madinah dan tempat2 lain. Tetapi perlu diingat bahawa sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat utk menjadi Rasul, sebelum itu agama samawi dari ajaran Rasul2 sebelumnya spt dari Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Isa telah pun sampai dikebanyakan tempat.
Dan pada ketika itu penduduk Mekah jahiliyah ramai yg menyembah berhala sehingga di Kaabah itu sendiri penuh dgn berhala. Bahkan datok Nabi SAW iaitu Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Abu Talib itu sendiri pun adalah seorang pembesar dikalangan Arab Jahiliyah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noriabdullah at 20-1-2009 03:51 PM
Okay psl ini, Ustaz yg mengajar di dlm kuliah tersebut menjelaskantafsiran ulamak berkaitan maksud Nabi SAW itu. Walau pun Islamdisebarkan dgn lebih teratur apabila Nabi SAW mendapat wahyu dari AllahSWT kpd penduduk Mekah dan kemudiannya Madinah dan tempat2 lain. Tetapiperlu diingat bahawa sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat utk menjadiRasul, sebelum itu agama samawi dari ajaran Rasul2 sebelumnya spt dariNabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Isa telah pun sampai dikebanyakantempat.
Dan pada ketika itu penduduk Mekah jahiliyah ramai yg menyembah berhalasehingga di Kaabah itu sendiri penuh dgn berhala. Bahkan datok Nabi SAWiaitu Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Abu Talib itu sendiri punadalah seorang pembesar dikalangan Arab Jahiliyah.
ya benar, semasa sebelum kelahiran Muhammad s.a.w., sudah ada kitab samawi iaitu Taurat dan Injil. Namun begitu bukankah kitab-kitab tersebut telah di olah, maka diturunkan Al-Quran untuk memisahkan yang haq dan yang bathil?
Seruan itu sendiri mempunyai sedikit kesamaran, betul tak? Sebab itu ada yang masih berpegang kepada Tauhid yang Esa (seperti Waraqah bin Naufal) dan ada jugak yang telah berpegang kepada ajaran yang dipesongkan (seperti ajaran Tri-Tunggal @ Trinity). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 noriabdullah's post
la... laisa....
boleh tak kak nori nyatakan ada tak sirah yg menceritakan psl Abdullah ayah Baginda saw menyembah berhala? dan bondanya Aminah juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 bzzts\ catat
dalam hal ini marahnya nabi adalah boleh diterima lantaran dia merujuk kepada kesalahan oleh si penzina tersebut......ini tidak menjejaskan kredibiliti nabi...........
setahu saya nabi pun pernah ditegur Allah semasa baginda melayan orang kaya dan mengenepikan seorang buta , dan ayat ini ada dalam Al-Quran.....
yg menjadi masalah marah sekarang ialah, adakah nabi sengaja menyuruh orang yg bertanya kepadanya ketika dia sedang marah seolah2 nak melepaskan geram sepertoi pos #1 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noriabdullah at 20-1-2009 03:51 PM
Ya benar apa yg sdr quote tu sebenarnya adalah dari sebuah hadis yg sahih. Saya sendiri pernah mendengar hadis ini dibaca dlm kuliah agama beberapa kali. Nanti nak kena balik dan cari semula kase ...
Hadis tentang ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. manakala tentang Ibu Nabi pula diriwayat oleh Imam Ahmad. Nak salin balik tak larat, buku pun dah usang lak tu. Try google tak jumpa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
sila pastikan hadis itu SOHEH ke dll ... dan nyatakan nama BAB & kitab SOHEH apa ... utk memudahkan rujukan ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
ya benar, semasa sebelum kelahiran Muhammad s.a.w., sudah ada kitabsamawi iaitu Taurat dan Injil. Namun begitu bukankah kitab-kitabtersebut telah di olah, maka diturunkan Al-Quran untuk memisahkan yanghaq dan yang bathil?
Seruan itu sendiri mempunyai sedikit kesamaran, betul tak? Sebab ituada yang masih berpegang kepada Tauhid yang Esa (seperti Waraqah binNaufal) dan ada jugak yang telah berpegang kepada ajaran yangdipesongkan (seperti ajaran Tri-Tunggal @ Trinity).
Ada kebenaran apa yg sdr sebutkan ini. Tetapi kalau nak balik semula kpd soalan yg mula2 sdr tanya : Adakah bapa Nabi SAW juga berada di neraka ? Persoalan ini merupakan tafsiran alim ulamak yg mengupas hadis2 Nabi SAW.
Sama halnya dgn hadis yg meyebut bagaimana Nabi SAW sedang mendirikan solat malam lalu isterinya Siti Aisyah menyetuh perut telapak kaki Nabi SAW. Namun begitu baginda tetap bersolat sehingga selesai. Dlm hal ini, timbul tanda tanya tak kan lah Nabi SAW atau Siti Aisyah tidak tahu menahu mengenai ayat 6 Surah Al-Maidah berkenaan perintah memperbaharui wuduk jika bersentuhan kulit laki2 dan perempuan.
Dlm pekara ini imam mazhab membuat tafsiran yg berbagai2. Bagi Imam Shafie mengandaikan bahawa perbuatan Siti Aisyah itu adalah secara berlapik.
Demikian juga hadis yg menyebutkan bagaimana cucu2 Nabi SAW yg naik di atas belakang tubuh ketika baginda sedang sujud bersolat. Timbul persoalan : Tidakkah perbuatan cucu2 baginda itu menyebabkan batal solat Nabi SAW kerana berkemungkinan cucu2nya itu menanggung najis lantaran mereka belum berkhatan ? Bagaimana pun alim ulamak yg menafsir hadis ini menganggap cucu2 Nabi SAW itu telah pun berkhatan.
Jadi, balik semula kpd hadis yg sdr tanya tu. Nabi SAW menyebutkan kpd orang yg bertanya itu bahawa bapanya di neraka dan bapa Nabi SAW sendiri juga di neraka. Utk menafsir hadis ini, kaedah yg diambil oleh alim ulamak ialah mencari mana2 hadis yg bersangkut paut dgn kata2 Nabi SAW itu. Jika tidak ada maka alim ulamak akan membuat andaian mereka. Dan andaian inilah yg saya sebutkan pada jawapan saya yg awal itu.
boleh tak kak nori nyatakan ada tak sirah yg menceritakan psl Abdullahayah Baginda saw menyembah berhala? dan bondanya Aminah juga?
Sepanjang pembelajaran saya tidak terjumpa lagi hadis yg menyebut bahawa ibu bapa Nabi SAW menyembah berhala. Tetapi perlu diingat spt mana yg saya katakan sebelum ini alim ulamak yg menafsir hadis di atas berpendapat ketika itu ajaran agama yg dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail masih ada walau pun sebahagian besar penduduk Tanah Arab yg telah mengenepikannya.
Dan perlu diingat, yg boleh menyebabkan sesaorang itu dihukum dan menjadi ahli neraka tidak perlu dgn menyebah berhala atau asnam. Cukup dgn meninggalkan perintah Allah yg dibawa oleh Nabi2 dan Rasul2 akan menyebabkan sesaorang itu dianggap derhaka kpd Allah SWT. Begitulah keadaannya dari dahulu sehingga ke hari ini.
Begitu juga halnya jika sesaorang yg mengakui dirinya Islam dan membuat amalan suruhan agama yg setinggi melangit tetapi jika kerana dgn perbuatannya yg melakukan dosa besar maka dirinya akan dianggap sebagai ahli neraka. Ini boleh dirujuk dari hadis Nabi SAW :
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Aku ikut Rasulullah saw. dalam perang Hunain. Tiba2 baginda bersabda kpd sahabat tentang diri sorang pemuda yg turut berjihad : Orang ini adalah ahli neraka. Ketika kami telah memasuki peperangan, orang tersebut berperang dengan garang dan penuh semangat, kemudian ia terluka. Ada yang melapor kepada Rasulullah saw.: Wahai Rasulullah, orang yang baru saja engkau katakan sebagai ahli neraka, ternyata pada hari ini berperang dengan garang dan sudah meninggal dunia. Nabi saw. bersabda: Ia ahli neraka. Maka sebagian kaum muslimin merasa ragu.
Pada saat itulah datang seseorang melapor bahwa ia tidak mati, tetapi mengalami luka parah. Pada malam harinya, orang itu tidak tahan menahan sakit lukanya, maka ia bunuh diri. Hal itu dikabarkan kepada Nabi saw. Beliau bersabda: Allah Maha besar, aku bersaksi bahwa aku adalah hamba Allah dan utusan-Nya.
(Shahih Muslim No.162) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 noriabdullah's post
salam kak nori....
In dulu belajar gak dan ustaz yg ajar In berkata ayah/ibu Nabi tidak mati kafir dan memang ada hujah2 yg disampaikan beliau.... sehingga kepada Allah menjaga keturunan Nabi2 hatta pemlihan isteri oleh Abdullah bin Abdul Mutallib iaitu Aminah binti Wahab.
Lagi pun tidak ada sejarah menunjukkan ibu bapa Beliau saw adalah penyembah berhala...
Q : Al Baqarah : 62 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 20-1-2009 01:58 PM
Assalamu'alaikum...
ada seorang forumer yang membuat posting di RSF.. begini isi postingnya :
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=359286&extra=page%3D1&page=5
post #108...
Salaam,
Sebanarnya saya dah respon kat sana di no. 121, baru plak ternampak topik ini.... takpalah saya cnp semula posting saya itu kesini.
Sungguh dasyat kenyataan anda (OB), siapa yang bagitau kat baginda nabibahwa ayah baginda berada dalam nereka sedangkan baginda langsung taktahu benda-benda ghaib kecuali yang diwahyukan kepadanya sahaja. Andaterlepas pandang ayat-ayat Allah ini;
AQ 2:62.Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orangYahudi, dan Nasrani (Kristian),dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allahdan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah merekaadalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka,dan tidaklah mereka bersedih.
AQ 5:69.Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi,dan Sabiin, dan orang-orang Nasrani (Kristian), sesiapa yang percayakepada Allah, dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, makatiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Keyakinan saya amat tinggi bahwa kedua-dua orang tua baginda nabiMuhammad tidak seperti kaumnya yang lain yang menyembah berhala.....sudah pasti mereka tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan dalamayat2 diatas.
Terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|