CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32239|Reply: 142

Hari-Hari Melakukan Syirik Tanpa Disedari

[Copy link]
Post time 4-2-2009 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang saya maksudkan adalah cara salam.....

Ajaran Allah dalam Al Quran hanya dua cara salam yang diajarNya melalui baginda nabi Muhammad yang diberkati lagi baik;

AQ 24:61....................... "Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah memperjelaskan kepadakamu ayat-ayat supaya kamu faham."

Memandangkan dalam Al Quran cara salam yang Allah ajar melalui nabiNya iaitu "Salaam" dan "Salamun alaikum"  maka itulah sahaja yang dimaksukan yang diberkati dan baik menurut Allah. Adapun selain dari cara itu adalah yang tidak menurut salam seperti ajaran Allah dan akan di masukkan dalam neraka.

AQ 58:8......................."Kemudian,apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kitakerana apa yang kitamengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di manamereka dipanggang -satu kepulangan yang buruk!

Ada pun perkataan "Assalamualaikum" langsung tidak akan ditemui dalam Al Quran yang sebanyak 114 surah, maka salam cara itu adalah bukan dari pada Allah. Adapun perkataan "Assalam" yang terdapat dalam Al Quran merupakan antara nama-nama Allah. Dengan ini adalah tidak keterlaluan bagi saya berpendapat mengucapkan cara salam "Assalamualaikum" adalah menyamakan orang yang kita bagi salam sama taraf dengan Allah dan perbuatan ini adalah syirik kerana mengucapkan Assalamualaikum (Maha Sejahtera ke atas kamu), ini adalah kerana Maha Sejahtera hanya layak untuk Allah bersesuaian dengan namaNya dalam Al Quran.

AQ 23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera (Assalam),Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dariapa yang mereka persekutukan.

Allah dah ajar cara salam..... mengapa cari cara salam cara lain?

Maaf jika ada yang tersinggung..... terima kasih.

P/s - ini adalah dari thread yang satu-   disini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 08:56 PM | Show all posts
Ada pun perkataan "Assalamualaikum" langsung tidak akan ditemui dalam Al Quran yang sebanyak 114 surah, maka salam cara itu adalah bukan dari pada Allah. Adapun perkataan "Assalam" yang terdapat dalam Al Quran merupakan antara nama-nama Allah. Dengan ini adalah tidak keterlaluan bagi saya berpendapat mengucapkan cara salam "Assalamualaikum" adalah menyamakan orang yang kita bagi salam sama taraf dengan Allah dan perbuatan ini adalah syirik kerana mengucapkan Assalamualaikum (Maha Sejahtera ke atas kamu), ini adalah kerana Maha Sejahtera hanya layak untuk Allah bersesuaian dengan namaNya dalam Al Quran.


Ohh yer ker !

Nak tanya sket...jadi mcm mana kalau kita baca dua kalimah syahadah atau baca tayhiyyat yg mana kita gabungkan ikrar bacaan kita :

Aku bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah

Kalau mcm tu adakah syirik gak ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 09:11 PM | Show all posts

Balas #2 noriabdullah\ catat

Salaam,

Kesaksian serupa itu tidak ada dalam Al Quran.... namun mirip kesaksian orang-orang munafik pula (mahukah kita disamakan dengan orang munafik);

AQ 63:1 "Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu (Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' Dan Allah mengetahui bahawa kamu adalah benar-benar rasul-Nya, dan Allah mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta".

Kalau kita rujuk firman Allah dalam Al Quran kesaksian yang sebenar dan paling besar adalah berbunyi;

AQ 3:18 " Allah menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang menegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana"

Dan jika seseorang itu mahu juga melafazkan kesaksian maka eloklah dia hanya mengucapkan “La ilaha Illallah” atau “ Tiada tuhan selain Allah “ kerana banyak ayat-ayat yang merujuk lafaz sedemikian dalam Al Quran.

Mengenai bahagian kedua syahadat, iaitu kesaksian ke atas kerasulan Muhammad, ia tidak perlu dilafazkan kerana sudah cukuplah Allah sebagai saksinya. Demikian itu adalah ketetapan Allah, di dalam ayat-ayat berbunyi,

AQ 4:79 " Dan Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada manusia sebagai rasul, dan cukuplah Allah untuk saksi"

AQ 48:28 " Dia yang mengutus rasul-rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia mempertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi"

AQ 13:43 "Orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Kamu bukan seorang utusan (mursalan).' Katakanlah (Muhammad), 'Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu, dan orang yang mempunyai pengetahuan Kitab”.

Pada saya, kalau umat islam mahu juga mengucapkan syahadah lebih elok mengucapkan Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tidak perlu mengucapkan perkataan "saksi" atau naik saksi.
Maaf jika lebih ramai lagi tersinggung.... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:24 PM | Show all posts
Jadi kalau mcm tu bagaimanakah bacaan tahiyyat dlm bahasa Arab sebetulnya waktu dlm solat ? Harap sdr boleh jelaskan. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 09:30 PM | Show all posts

Balas #4 noriabdullah\ catat

Salaam,

Maaf.........  saya tidak dapat menjelaskannya kerana saya tidak mengamalkannya lagi dalam sholat saya...... setelah saya tahu ianya tidak dirukunkan. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:50 PM | Show all posts
Maaf.........  saya tidak dapat menjelaskannya kerana saya tidakmengamalkannya lagi dalam sholat saya...... setelah saya tahu ianyatidak dirukunkan. Terima kasih.


This is interesting. Maknanya dulu sdr pernahlah baca tahiyyat tetapi la nih tidak lagi. Mcm tu ker ? Kerana  dari satu thread yg sebelum nih ( sejarah solat 5 waktu ) sdr ada sebutkan :

Sebenarnya dalam Al Quran ada semua itu dinyatakan iaitu berkenaan rukun, rakaat, apa yang perlu dibaca dan sebagainya.

dan

Bagi mereka yang tidak berkeyakinan bahwa Al quran adalah lengkap semuaperkara itu memang dipersoalkan..... tapi disini adalah topik berkenaansholat maka harap fokus pada perkara sholat sahaja.

Soalan saya mudah....boleh tak sdr perincikan solat sdr, iaitu :

1. Bilangan solat yg didirikan dlm satu sehari semalam dan berapa rakaat utk tiap2 satu waktu solat itu.
2. Jika sdr tidak mengamalkan bacaan yg spt mana biasa dibaca ketika tahiyyat, apakah dan bagaimanakah bacaan yg sdr baca sekarang ?
3. Kalau sdr telah mengubah bacaan tahiyyat yg spt mana lazim dibaca, saya rasa sudah pasti sdr ada mengikuti guru yg mengajarnya ( tak kan main pakai bantai pikiaq sendiri2 lak kot kan )...jadi sapa agak2nya guru sdr tu ekk ?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2009 09:56 PM | Show all posts

Balas #6 noriabdullah\ catat

Salaam,

Insya Allah.... Saya akan jawab semua itu hanya berpandukan Al Quran saja..... sebelum itu boleh tak Puan (maaf kalau silap) senaraikan rukun-rukun sholat yang puan amalkan. Ini penting untuk saya merespon soalan-soalan puan diatas. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:13 PM | Show all posts
Rukun2 solat, apa2 yg sunat dlm solat, apa2 yg membatalkan dlm solatdari mula niat dan takbiratul ihram sehingga ke salam kesemuanya sayaberpandukan spt mana yg diajar oleh Nabi saya iaitu Muhammad SAW ygsaya yakini.Tidak payahlah rasanya nak disenaraikan kerana semuanya ada di dalambuku panduan solat yg mana saya percaya lazim dibuat oleh semua orangjuga dan saya percaya sdr juga pernah amalkan sebelum ini ( kalau nakpaham dari kenyataan sdr sebelum nih ).Harap sdr boleh jelaskan dan jawab 3 soalan saya di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 10:27 PM | Show all posts

Balas #8 noriabdullah\ catat

Salaam,

Saya hanya minta di senaraikan rukun sholat iaitu 13 rukun tu.... ini penting bagi saya.... kalau puan dah yakin apasal takut nak menyenaraikannya pula.... pada saya ini penting untuk saya merespon kepada soalan puan....

Kita KIV dulu pasal kata baginda nabi ajar..... sebab sini kita mahu berbincang bukan mahu cari siapa betul siapa salah.... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:55 PM | Show all posts
Rukun2 solat secara ringkas ( petikan dari http://www.e-zakat.com.my ... yg boleh saya sahkan mmg tepat spt mana yg lazim diamalkan )

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring

2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

5. [size=-1]RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.  

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai

8. [size=-1]DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.  

9. DUDUK BAGI TAHIYYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR.   

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.  

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.   

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.


[size=-1][size=-1]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 11:00 PM | Show all posts

Balas #10 noriabdullah\ catat

Salaam,

Adakah puan bersetuju bahwa menurut pendapat puan menolak atau tidak mengerjakan rukun-rukun yang puan senaraikan di atas secara sengaja menyebabkan sholat tidak sah?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 11:48 PM | Show all posts
Salaam,

Dah setengah jam lebih saya tunggu dari puan.... mungkin puan dah masuk tidur agaknya... tak apalah sebelum saya juga masuk tidur... saya nak kemukakan rukun sholat yang Allah tetapkan atau rukunkan tetapi tidak tersenarai dalam 13 senarai diatas;

AQ 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

AQ 4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi;.....

Persoalan saya di sini mengapa "bersuara" dan "faham apa yang dibaca/ucapkan" yang Allah telah rukunkan/ditetapkan dalam sholat seperti ayat di atas tidak dimasukkan antara atau salah satu 13 rukun diatas. Harap puan dapat jelaskan.........

Untuk soalan-soalan puan.... insya allah esok saya akan merespon......terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:12 AM | Show all posts

Balas #12 anakmacho\ catat

Assalamualikum,
Saya nak tahu apakah pendirian pakcik mengenai hadith?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 03:42 PM | Show all posts
intersting... sila explain lagi lebih mendalam tentang solat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 07:23 PM | Show all posts
sy nak tahu ttg salam tu..harap sapa2 yg pakar kat sini tolong jelaskan...

kalau salam selama ini kita ucapkan salah?kenapa tidak ada sebarang pemberitahuan dari ceramah2 agama dalam TV...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:10 PM | Show all posts

Reply #15 komicat's post

Salam yg kite ucapkan selama ni??
salam pe komi??
Assalamualaikum ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 09:25 PM | Show all posts

Balas #16 nursha\ catat

"Ada pun perkataan "Assalamualaikum" langsung tidak akan ditemui dalam Al Quran yang sebanyak 114 surah, maka salam cara itu adalah bukan dari pada Allah. Adapun perkataan "Assalam" yang terdapat dalam Al Quran merupakan antara nama-nama Allah. Dengan ini adalah tidak keterlaluan bagi saya berpendapat mengucapkan cara salam "Assalamualaikum" adalah menyamakan orang yang kita bagi salam sama taraf dengan Allah dan perbuatan ini adalah syirik kerana mengucapkan Assalamualaikum (Maha Sejahtera ke atas kamu), ini adalah kerana Maha Sejahtera hanya layak untuk Allah bersesuaian dengan namaNya dalam Al Quran."




ye..

tn rumah ni mempersoalkan salam yg kita salu ucap tu

kan biasa kita bagi salam"asalamualaikum"

[ Last edited by  komicat at 5-2-2009 09:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by slug at 5-2-2009 11:12 AM
Assalamualikum,
Saya nak tahu apakah pendirian pakcik mengenai hadith?


Salaam,

Terlebih dahulu sila adik baca berkenaan "cara salam" menurut Allah dan rasulNya dalam Al Quran yang berkat lagi baik  yang pakcik tulis kat atas... apa pendapat adik?

Hadis ada dua... yang mana satu... hadis yang Allah sebutkan dalam Al Quran iaitu Al Quran sendiri atau selain Al Quran?

Dan untuk itu apakah kita bincang kat sini Hadis

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by komicat at 5-2-2009 07:23 PM
sy nak tahu ttg salam tu..harap sapa2 yg pakar kat sini tolong jelaskan...

kalau salam selama ini kita ucapkan salah?kenapa tidak ada sebarang pemberitahuan dari ceramah2 agama dalam TV...........


Salaamun Alaikum,

Saya tidak pernah mengatakan "salah", cara yang Allah ajar dalam Al Quran adalah berkat lagi baik maka selain itu..... kita boleh fikir sendiri. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by komicat at 5-2-2009 09:25 PM
ye..
tn rumah ni mempersoalkan salam yg kita salu ucap tu
kan biasa kita bagi salam"asalamualaikum"


Salaam,

Terserah pada penilaian sendiri.... As Salaam adalah antara nama-nama Allah.... dan disebut " Assalamualaikum" yang tidak disebut dalam Al Quran dan bezakan  yang Allah ajar dalam Al Quran "Salaam" dan "Salaamun alaikum" yang berkat lagi baik dan harus diingat selain dari yang Allah dan rasulNya ajar dalam Al Quran adalah menurut bukan dariNya. Sila baca posting saya kat atas.

Terima kasih.

[ Last edited by  anakmacho at 5-2-2009 10:16 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.177166 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list