View: 55045|Reply: 208
|
Dang Suria & Ad Samad - Updated : Dang hamil 2 bulan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 12-3-2010 10:23
‘Dia pilihan tepat untuk saya’
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan menjalin hubungan cinta, pengacara Dang Suria Zainordin (Suria) dan penulis lirik prolifik, Ahmad Shah Adrian A Samad (Ad Samad) mengambil keputusan untuk bernikah, akhir Junini.
Pengacara rancangan Awani Pagi itu mengesahkan perkara itu sewaktu dihubungi di sini, semalam.
Jelas Suria, majlis dirancang diadakan secara sederhana dan lebih penting bagi mereka adalah perkara wajib iaitu majlis pernikahan.
“Tiada persandingan dirancang dan majlis resepsi membabitkan keluarga terdekat dan rakan rapat dilakukan sejurus pernikahan selesai. Saya cuba memastikan tiada pembaziran berlaku sepanjang majlis berlangsung,”katanya.
Bercerita lanjut mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan lelaki yang dicintai, kata Suria, perkara itu dibuat selepas banyak perbincangan dilakukan mengenainya.
“Hendak diikutkan kami sudah mengenali sejak kecil. Tidak dinafikan di zaman remaja kami pernah bercinta, tetapi selepas saya berpindah hubungan antara kami terputus.
“Waktu itu kami tinggal berhampiran iaitu saya di Taman Melawati, Hulu Klang dan Ad Samad bersama keluarganya menetap di Taman Permata. Sekolah kami juga berhampiran iaitu saya di Convent Bukit Nanas (CBN) dan dia di St John’s Institution.
“Bagaimanapun, ia boleh dianggap cinta monyet tetapi tidak sangka ditemukan kembali apabila masing-masing sudah berpisah dan hidup sendiri,” katanya
Pertemuan semula tahun lalu dalam satu majlis, jelas Suria, menyebabkan hubungan mereka kembali terjalin.
“Waktu itu perbualan kami berkisar mengenai perkembangan masing-masing tetapi Ad Samad terlebih dulu bertanyakan mengenai diri saya sama ada masih hidup sendiri atau sebaliknya?
“Terkejut juga dengan pertanyaan itu. Begitupun sewaktu bertanya nampak dia seperti teragak-agak dan sebagai ibu tunggal saya tidak terlalu memikirkan mengenainya.
“Kami sempat bertukar nombor telefon dan ternyata ia bukan pertemuan terakhir kerana kami sering berhubungan selepas itu. Sepanjang kami kembali berkawan saya lihat Ad Samad begitu mengambil berat mengenai diri mahupun anak perempuan saya, Sara Kadeja (8tahun),” katanya.
Mengenai hubungan Sara dengan Ad Samad dan bagaimana penerimaan anak tunggal perempuannya itu apabila diberitahu mengenai keputusan diambil Suria untuk bernikah sekali lagi, jelasnya pada peringkat awal ia memang susah hendak diterima.
“Hubungan saya dengan Sara memang rapat. Dia bukan saja anak tetapi rakan baik saya. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Bagaimanapun apabila datang Ad Samad dalam hidup kami sudah tentu susah untuk Sara menyesuaikan diri di peringkat awal.
“Penerimaan Sara terhadap Ad Samad semakin berubah apabila hubungan kami berlanjutan sehingga mahu bernikah. Sara yakin Ad Samad lelaki yang baik dan dapat menggembirakan hati ibunya,” katanya.
Kata Suria, sifat lembut yang ditunjukkan Ad Samad terhadapnya, mengambil berat dan melayannya seperti sahabat menyebabkan dia yakin penulis lirik itu lelaki tepat untuk dijadikan pasangan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah....doakan kekal kali ini..
dang serg yg baik .. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah2... |
|
|
|
|
|
|
|
harap kali ni kekal hingga akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
harap yg ni kekal.. tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
kawin gak eks..
tahniah la..! |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah~!!
semoga kekal hingga akhir hayat~!!
amin~!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku nengok kat fb, nengok si ad ni mmg betul2 sayang kat si dang... moga jodoh kekal & bahagia hingga akhir hayat... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahhh |
|
|
|
|
|
|
|
ad samad nih sapa?? tlg tempek pic dia jap nak tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap berkekalan laaa kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah to both of them....
ad samad ni braper ek umurnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah nampak couple ni kat Burger King dgn two boys.
Anak Ad Samad tu kot. C Dang ni cantik tapi bdn kecik sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah... moga berkekalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dang ni dgn abang "apakejadahnyer" tu... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah,semoga kekal bahagia.............. |
|
|
|
|
|
|
|
moga berkekalan hingga ke akhir hayat.. ok gk ek kawen wat ala kadar... yg penting nikah |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah walaupun x kenal sape ad ni.. tempek le gambo... |
|
|
|
|
|
|
|
dang suria ni dh bape kali kawen ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|