CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84561|Reply: 92

Hukum Suami Curang

[Copy link]
Post time 3-6-2010 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya, apakah hukum seorang suami yang curang? Suami ni mempunyai ramai teman wanita. Kebanyakkan wanita-wanita ini dikenali melalui Internet. Si suami sentiasa menghubungi mereka melalui talipon, email, chatting tapi tak pernah berjumpa. Ada sampai kes wanita-wanita ini mengirim gambar yg membuka aurat dan juga email lucah, ghairah..mengajak membuat hubungan sek. Ada kala si suami dan wanita tersebut terlalu ghairah bila bercakap dalam talipon..hingga masing-masing melakukan onani/masturbate.

Berdosakah..jika seorang isteri itu memarahi suami dan memukul suami atas kecurangan itu?

Bolehkah si isteri minta cerai daripada suami atau pun mengerjakan solat istiharah untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT sama untuk bercerai atau tidak?

Pada pandangan Islam, apakah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalh kecurangan ini? Sebagai isteri, dia amat merasa kecewa, sakit hati dan marah terhadap suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 12:48 AM | Show all posts
Ada kala si suami dan wanita tersebut terlalu ghairah bila bercakap dalam talipon..hingga masing-masing melakukan onani/masturbate. msarra Post at 3-6-2010 00:00


Macam mana isteri tu boleh tahu suami dan wanita tu terlalu ghairah bergebang ditelefon hingga sampai beronani segala keduanya ? Perbualan mereka di rakam ? Pasang spy?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:07 AM | Show all posts
dia pasang video kamera tersembunyik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:19 AM | Show all posts
isteri tu solat awal waktu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:00 AM | Show all posts
Saya nak tanya, apakah hukum seorang suami yang curang? Suami ni mempunyai ramai teman wanita. Keban ...
msarra Post at 3-6-2010 00:00



Definasi curang please.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:52 AM | Show all posts
ada org ckp xder istilah curang bg jejanz...sbb jejanz blh kawen lebih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2010 12:20 PM | Show all posts
sembang2 seks dgn ppuan yg bukan bini dia dah tentulah perbuatan yg tercela.  clear cut. bini yg find out benda ni nak lapor kpd siapa:  pak mentua or pejabat agama?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 01:26 PM | Show all posts
Si suami sentiasa menghubungi mereka melalui talipon, email, chatting tapi tak pernah berjumpa. Ada sampai kes wanita-wanita ini mengirim gambar yg membuka aurat dan juga email lucah, ghairah..mengajak membuat hubungan sek. msarra Post at 3-6-2010 00:00


Ini tak boleh di biarkan berlarutan kerana pintu-pintu ke arah perzinaan telah terbuka luas, cuma tinggal nak melangkah masuk ke dalam aje tu !

Elok bertindak sebelum berlakunya zina . Bersemuka dengan suami tu dan tunjuk bukti-bukti yang dah di kumpul ,  demand agar dia bertaubat dan ubah perangai, kalau dia masih berdegil dan masih nak teruskan juga perangai gitu , maka bawa bukti tu dan tunjukkan kat pejabat agama untuk minta cerai .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-6-2010 13:34
dia pasang video kamera tersembunyik..
akusengal Post at 3-6-2010 08:07


Kena bagi clear gambar dan suara mereka berdua untuk dijadikan bukti kukuh buat tatapan pejabat agama .
Kalau blur dengan suara tak jelas kang si suami boleh nafikan aje la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-6-2010 14:02

Situasi - situasi di bawah ni membolehkan isteri tuntut fasakh.

a) Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh
lebih daripada satu tahun.

b) Bahawa suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan
nafkahnya selama tempoh tiga tahun.

c) Bahawa suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih

d) Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah,
kewajipan perkahwinan (nafkah batin) selama tempoh satu tahun

e) Bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain:

i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita
disebabkan oleh kelakuan aniya, atau

ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup
berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak, atau

iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah, atau

iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari
menggunakan hak-haknya di sisi-undang-undang terhadap
harta itu, atau

v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan
atau amalan agamanya, atau

vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendakkehendak
Hukum Syarak

f) Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum
disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya.

g) Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan
perkahwinan atau fasakh di bawah Hukum Syarak.


Kalau nak baca lebih lanjut secara detail sila click link ni : http://www.islam.gov.my/portal/pdf/alasan.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 02:20 PM | Show all posts
suami tu baik, pompuan2 tu yang gatai merenyam dok ngorat laki orang!

gediks sungguh gadis2 Melayu zaman sekarang... dah la taste very the low... jantan lombok, laki orang, mat rempit... very the sickness!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by kelat at 3-6-2010 15:04

laki org tu low taste ke? ramai yg marah nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 03:05 PM | Show all posts
Cerita nyer macam ni, saya dan suami duduk berjauhan sebab faktor keje
Dia di negeri lain..dan saya pulak di negeri lain
Itu ler pasal...senang dia nak cari pompuan
Dia boleh call, chat dengan Janda tu any time.

Saya tak kisah, kalau suami saya nak kawin lagi tapi
biarlah pompuan seorang yg baik bukan yang mengajak kepada kemaksiatan
Janda tu memang pandai cakap.lembut, manis..macam tu
Yelah kan Syaitan dah goda...mau nyer iman tak cair...tambah-tambah suami saya org mualaf
Ada ker janda tu kirim gambar...pakai nite gaun. Walhal dia tu wanita bertudung, dah naik Haji, keje lawyer...bukan muda pun, umur dah 43 tahun
Email-email Janda tu semua berbaur lucah, ghairah..dia tulis macam mana dia nak suami saya buat hubungan seks dengan dia.
Biasa ler kan..lelaki, sure suami saya suka ler
Saya tak ada pasang spy ker apa...cuma email-email jadi bukti
Kalau mereka dah asyik calling-calling each other, mana mungkin tak ghairah
Dua-dua dah gatal merenyam. Si JAnda tu sendiri mengaku, dia selalu kena mandi wajib lepas cakap dengan my husband. Korang..faham-faham jer..apa depa buat,
Syaitan dah menguasai nafsu.
Janda tu dah tak malu lagi...dek pasal nafsu

Allah SWT maha adil, maha mendengar dan maha melihat.
Kecurang ni terbongkar..bila saya baca sms my husband.

Saya suruh my husband kawin jer dengan janda tu, tapi dia tak nak pulak
Itu lah..yg pelik..sebab saya malas nak gaduh-gaduh
si Janda tu bukan main seronok plak..bila I suruh dia kawin my husband lepas kita orang bercerai
dia siap cakap lagi...dia dah solat istiharah..konon my husband ni le jodoh dia
Hingga..kini, my husband tak cerai saya lagi dan tak kawin lagi dengan janda tu
Janda tu call saya...ugut nak bunuh diri pasal husband I dah tak call dia.
ada ker patut?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 03:21 PM | Show all posts
kan betul, laki ko tu baik... kebanyakkan lelaki walau nampak gatal, tapi tau beza mana baik mana tak... tau pilih mana kaca mana berlian...

tak hingin laki ko tu kat hajjah janda tua bernite gaun. laki ko tu suka2 je tu, tapi xkan bagi komitmen, tambahan plak utk pompuan tua gediks gatal merenyam.

bersyukur la laki ko tu sebenarnya sangat sayang kat ko. kebanyakkan lelaki mmg pantang klu pompuan mngedik, dia mesti layan. tapi layan tak bermakna dia nak kawen atau bagi komitmen. dah fitrahnya lelaki macam tu, tambah2 lagi 'ikan' dtg berenang di darat, kucing gila je tak ngap!

yg penting skarang ko bukak minda laki ko tu skit, bg dia nampak apa jadi bila ko xde. apa jadi kat anak2. bleh tak dia gembira bila ko xde.

klu ko bleh bagi dia pikir, nescaya janda ke, gadis x berdara ke, gadis bekas pelarian lombok mahupun anak dara bergetah melekit-lekit pasti laki ko tetap layan... hehehe... layan jela, tapi tanpa komitmen perkahwinan mahupun aktiviti perselingkuhan...

sebab orang laki ni pikirannya panjang... klu dia nampak, mesti xkan amek resiko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 03:43 PM | Show all posts
Terima kasih..Jodokast
Itu ler...suami pun dah tukar simm card..so Janda tu tak ler call
dia mengaku...macam dia terkhayal sikit oleh Hajjah Janda ni..sebab memula dia kesian jer
sebab Hjh. Janda ni sakit kurang tekanan darah...

so my husband kesian ler...tu konon nak bagi encouragement..last-last sangkut
tak dinafikan...suami I ni pun gatal laa...dah kawin..masih nak gatal lagi

Jadi, solat Istiharah Hjh. Janda tu boleh pakai ker? Dia kata..hati dia konfiden jer yg suami  saya ni Jodoh dia? Sekarang ni..saya pun tertunggu...tunggu...mana tau silap haribulan suami saya cakap nak kawin Hjh. Janda gedik tu?

Lagi satu...hati saya ni kekadang sakit. dendam dengan suami. Benci pun ada kekadang. Entah macam mana nak teruskan perkahwinan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 03:46 PM | Show all posts
Cerita nyer macam ni, saya dan suami duduk berjauhan sebab faktor keje
Dia di negeri lain..dan saya pulak di negeri lain
Itu ler pasal...senang dia nak cari pompuan
Dia boleh call, chat dengan Janda tu any time.

msarra Post at 3-6-2010 15:05


Macam mana berhubungan apabila dah duduk jauh gitu ? Suami perlukan belaian dan perhatian dari isteri, kalau dah jauh gitu, memang lama-kelamaan suami kau akan rasa seperti di abaikan oleh kau, lalu mula la dia cari perhatian dan belaian dari tempat lain pulak.

Kasih sayang antara suami isteri perlu di pupuk selalu , bukan sekali sekala . Kalau asyik sibuk dengan kerja memanjang maka hubungan akan mudah jadi renggang .

Saya rasa kalau kau masih sayangkan suami kau, eloklah kau transfer aje tempat kerja agar kau dapat tinggal sebumbung dengan suami , lepas tu kau curah la belaian dan kasih sayang kau pada dia sepenuh-penuhnya, insyaAllah dia takkan pandang perempuan lain lagi dah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 04:00 PM | Show all posts
Saya suruh my husband kawin jer dengan janda tu, tapi dia tak nak pulak
Itu lah..yg pelik..sebab saya malas nak gaduh-gaduhmsarra Post at 3-6-2010 15:05


Kalau kau tak sanggup dimadukan dengan janda tu maka kau toksah cabar dia gitu , dok jolok dia suruh kahwin, nanti dia buat sungguh kang maunya kau pulak yang meraung .

Orang lelaki yang dah kahwin nampak aje dewasa, tapi perangai macam kanak-kanak sebenarnya bila mai bab belaian dan kasih sayang dari isterinya , so isteri kena peka laa, jangan abaikannya .
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-6-2010 16:23

Sesetengah pasangan yang berkahwin menganggap belaian kasih sayang cuma terhad ketika hubungan kelamin aje, waktu-waktu lain memasing nak senyum pun payah .

Ish, tak patut macam tu , kena jadi pasangan yang romantik laa, simple romantic gesture yang boleh membuatkan suami atau isteri merasa di hargai amat penting dan ia perlu di lakukan selalu untuk eratkan ikatan  , bukan hanya tertumpu pada waktu hubungan kelamin aje .

Hairan kan kalau tengok perangai kebanyakan married couples kat M'sia, belum kahwin dulu kalau gi jalan-jalan bukan main lagi peluk sakan, tapi bila dah kahwin 10 tahun tup tup nak berpegangan tangan di khalayak ramai pun tak nak dah ! Sungguh tak romantik nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:36 PM | Show all posts
ada org ckp xder istilah curang bg jejanz...sbb jejanz blh kawen lebih...
lurve82 Post at 3-6-2010 10:52

leh kawin lebih dari 1...tapi takleh lebey 4...
nih mcm sindrom internet addiction jekk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 07:23 PM | Show all posts
Blassoff...

Saya dah duduk sekali dengan husband since last year. I memang layan layan dia baik-baik. Masa tu dia tak kantoi lagi, tu sebab curi-curi hantar sms guna handphone yg satu lagi.

Itu ler yg saya marah..saya dah ada dengan dia pun, masih nak sms. Saya boleh faham, masa kita orang berjauhan. Tapi, dia ingat I sorang jer nak layan..yg dia tak layan.

Tu yg marah sangat. Dia cakap..tak der aper-aper cuma kawan jer. Dia tak tau macam mana nak bagi tau janda tu..nak berhentikan the relationship.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.317848 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list