View: 7538|Reply: 22
|
[Lain-lain]
...Keadaan banjir di Johor dan keperluan untuk mangsa...
[Copy link]
|
|
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurunBernama
Januari 13, 2022 11:47 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 367 orang, diikuti Segamat (326) dan Tangkak (12).
"Stesen Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar kekal pada paras bahaya namun menunjukkan trend penurunan, manakala stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan paras amaran namun turut mengalami trend penurunan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Situasi banjir di Johor dan Melaka bertambah baikBernama
Januari 12, 2022 21:15 MYT
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4 petang berbanding 1,227 orang pada sebelah pagi dengan 23 PPS masih beroperasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dan Melaka semakin baik apabila hanya 1,059 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4 petang berbanding 1,227 orang pada sebelah pagi dengan 23 PPS masih beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata empat daerah masih terjejas banjir dengan Muar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 526 orang diikuti Segamat (411), Batu Pahat (81) dan Tangkak (26).
"Stesen Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar menunjukkan paras bahaya namun mengalami trend penurunan manakala stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan paras amaran namun turut mengalami trend penurunan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk di daerah terjejas banjir.
Vidyananthan juga berkata Jalan Felda Bukit Aping di Kota Tinggi telah ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh.
Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata 15 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Jasin setakat 4 petang tadi.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR Sehingga jam 3 petang 13 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan: - Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 19 PPS [Johor (17), Melaka (1), dan Sarawak (1)];
- Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) ( Melaka, Johor, dan Sarawak);
- Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 695 orang;
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
- Jumlah kluster COVID-19 di PPS – satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 13 Januari 2022, sebanyak empat (4) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KDN akui aset PDRM usang, tidak sesuai laksana kerja menyelamatShuhada Abdul Kadir
Januari 14, 2022 13:44 MYT
Hamzah berkata pihaknya menyedari aset dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin usang dan tidak sesuai digunakan dalam kerja-kerja menyelamat pada masa ini. - Gambar fail
SEGAMAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat penilaian rapi berhubung keperluan mendapatkan aset baharu khusus dalam berdepan operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia susulan pihaknya menyedari aset dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin usang dan tidak sesuai digunakan dalam kerja-kerja menyelamat pada masa ini.
“Banyak aset kita bila dalam keadaan nak membantu ini baru kita sedari ianya sudah agak lama seperti bot yang digunakan selama ini sudah uzur.
“Helikopter yang kita (PDRM) ada juga agak lama yang mana aset berkenaan tiada teknologi terbaru yang menggunakan kaedah elektronik lebih canggih, sebab itu kita juga fikirkan untuk mencari aset lebih sesuai.
“Ini perkara baru yang saya kata kita kena lihat dan mesti bersedia mencari beberapa kaedah kerana apabila jadi bencana, pengajarannya apa dan bagaimana kita harus bersiap sedia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini pada Jumaat.
[TERKINI] Lawatan kerja Menteri Dalam Negeri ke Segamat dan Muar
Beliau sebelum itu turut mengadakan lawatan ke beberapa kawasan yang terjejas banjir disekitar daerah Segamat dan Muar termasuk di Galeri Darurat Bukit Kepong.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kementerian memperuntukkan RM 250,000 bagi kerja-kerja membaik pulih Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.
“Atas sifat prihatin KDN, saya telah bersetuju memberikan bantuan kewangan untuk baik pulih kawasan galeri bersejarah tersebut meskipun semua artifak dapat diselamatkan.
“Walaupun kerana kita sudah buat reka bentuk galeri tersebut lebih tinggi selepas mengambil kira bencana besar pada tahun 2011 lalu, namun apakah keperluan menghadapi bencana pada masa akan datang perlu diberi perhatian,” tambahnya.
Galeri berkenaan sebelum ini ditenggelami air sehingga paras kira-kira 2.5 meter dan merupakan yang terteruk sejak tahun 2011 lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor
MISI BANTUAN BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS ISKANDAR PUTERI KE DAERAH MUAR
14 Januari 2022 | Jumaat | Lenga, Muar
Misi Bantuan Banjir Southern Volunteers Iskandar Puteri(SVIP) pada hari ketiga hari ini telah meneruskan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir di Kampung Sungai Meda dan Kampung Jawa, Lenga, Muar.
SVIP telah menjalankan kerja-kerja mencuci rumah mangsa-mangsa yang terlibat termasuk mengangkat dan mengangsingkan kelengkapan rumah yang telah rosak.
Selain itu, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga turut menyediakan jentera bagi mengangkat sampah-sampah pukal untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah yang telah disediakan.
Semoga sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan oleh Southern Volunteers ini diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat.
#SouthernVolunteers
#kitajagakita
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit sebanyak....dapat memberikan kepada mereka ... Moga dipermudahkan buat mereka..
Terima kasih dermawan-dermawan hebat.. sahabat SOUTHERN FAMILY.. Anak Johor Diperantauan lembah Klang... Alhamdulillah barangan sumbangan telah saya berikan kepada mereka memerlukan..
Terima kasih Sahabat volunteer
SahabatJohor Dt
Sukarelawan SahabatJohordt
Skuad Pasca Bencana (SJDT)
dan
Anak muda
YOSH FOUNDATION
Moga dipermudahkan untuk kita semua dihari-hari mendatang....
08 Januari 2022
Kampung Spang loi Segamat
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 95 orangBernama
Januari 15, 2022 09:56 MYT
Cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk daerah terjejas banjir. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa yang terjejas banjir sejak 1 Jan lepas terus menurun kepada 95 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 271 individu, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata hanya tinggal dua daerah masih terjejas banjir, melibatkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat kekal dengan mangsa tertinggi iaitu 83 orang diikuti Tangkak 12 orang.
"Muar telah pulih daripada banjir sepenuhnya semalam apabila PPS terakhir di daerah itu Balai Raya Kampung Jawa telah ditutup petang semalam, selain Sekolah Agama Buloh Kasap dan Balai Raya Kampung Sanglang di Segamat berikutan semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
"Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat yang merekodkan tahap waspada dengan trend menaik, diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk daerah terjejas banjir.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
STATE: JOHOR
Empangan Bekok, Batu Pahat Water level 16.43m has exceeded ALERT level (15.5m) by 0.93m
Trend: no change (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Segamat dijangka pulih dalam tempoh terdekat, jumlah mangsa semakin turunAstro Awani
Januari 18, 2022 06:04 MYT
Anggota JBPM memantau kawasan yang dinaiki air di daerah Segamat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Segamat, Johor dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat dengan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 37 orang pagi ini berbanding lebih 74 individu pagi semalam.
Info daripada Portal Bencana NADMA memaklumkan, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Sekolah Agama Gemereh, yang menempatkan lapan keluarga.
Daerah itu sukar surut airnya akibat air banjir termenung.
Dengan cuaca yang cerah setiap hari di 10 daerah di Johor, memberi peluang kepada Segamat pulih daripada banjir sepenuhnya.
Pada Sabtu, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah Segamat akan membuat penilaian sebelum penutupan sepenuhnya PPS dilakukan berikutan keadaan sudah pulih kira-kira 98 peratus.
|
|
|
|
|
|
|
|
37 mangsa banjir di Segamat
Johor Bahru: Mangsa banjir di Segamat kekal 37 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini susulan masih ada kawasan yang belum surut.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, hanya satu pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Kebangsaan Gemereh, di sini.
Setakat pagi ini, cuaca di Mersing dilaporkan mendung manakala cuaca di sembilan daerah lain adalah cerah.
Sementara itu, hanya Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatatkan aras waspada iaitu 16.3 meter.
Disiarkan pada: Januari 18, 2022 @ 10:13am
kredit harian metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan banjir di Johor semakin pulihBernama
Januari 14, 2022 21:39 MYT
Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang ini berbanding 309 orang, pagi tadi. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang ini berbanding 309 orang, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 161 orang, diikuti Muar (98) dan Tangkak (12).
"PPS Balairaya Pogoh Tengah di Segamat ditutup pada 8 pagi tadi dan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah hari ini termasuk di daerah terjejas banjir," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata bagaimanapun Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar masih di paras amaran dan penduduk di lokasi berhampiran diminta supaya sentiasa berwaspada.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Johor
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 04/02/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 05/02/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 06/02/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 33° | 07/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 33° | 08/02/2022
Selasa |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° | 09/02/2022
Rabu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° | 10/02/2022
Khamis |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 23°
Maks: 32° |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Johor Tarikh | Cuaca | Ramalan | 07/02/2022
Isnin |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 08/02/2022
Selasa |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 09/02/2022
Rabu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 10/02/2022
Khamis |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 11/02/2022
Jumaat |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 12/02/2022
Sabtu |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 13/02/2022
Ahad |
Ribut petir di beberapa tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di beberapa tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MetMalaysia | Hujan dijangka berterusan hingga 14 FebruariLuruan angin timuran yang dijangka berterusan hingga 14 Februari ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan di negeri pantai timur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan bagi selatan Pahang dan timur Johor pada hari ini.
Februari 10, 2022 15:18 MYT
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 16-2-2022 03:08 PM
Ramalan Cuaca Negeri
Johor
Lokasi: Tarikh | Cuaca | Ramalan | 16/02/2022
Rabu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Ribut petir di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 17/02/2022
Khamis |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 18/02/2022
Jumaat |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 19/02/2022
Sabtu |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 20/02/2022
Ahad |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 21/02/2022
Isnin |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° | 22/02/2022
Selasa |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 23°
Maks: 32° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 28-2-2022 09:07 AM
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Johor
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 28/02/2022
Isnin |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 01/03/2022
Selasa |
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 02/03/2022
Rabu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 03/03/2022
Khamis |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Tiada hujan
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 04/03/2022
Jumaat |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 05/03/2022
Sabtu |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° | 06/03/2022
Ahad |
Ribut petir di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Ribut petir di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 23°
Maks: 32° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Hospital Sultanah Aminah...JB... |
|
|
|
|
|
|
|
Hospital Sultanah Aminah...JB... |
|
|
|
|
|
|
| |
|