CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 7

[Tempatan] Remaja tikam bayi diadili mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

[Copy link]
Post time 18-2-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Remaja perempuan (kiri) yang didakwa membunuh bayi lelakinya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, 8 Februari lalu.

Remaja tikam bayi diadili mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

PUTRAJAYA – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang sebelum ini dituduh menikam bayi lelakinya di Kemaman, Terengganu pada 15 Februari lalu akan melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Jabatan Peguam Negara berkata, ia berikutan individu dituduh itu merupakan seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah akta berkenaan dan jika disabitkan, kanak-kanak berkenaan akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) akta tersebut.

“Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata.

“Maklumat mengenai kejadian rogol hanya diketahui selepas kanak-kanak tersebut ditangkap, di mana satu laporan polis dibuat kanak-kanak ini pada pada 8 Februari lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, katanya, pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan lain setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas kanak-kanak berkenaan.

Mengulas mengenai pertuduhan asal, jabatan berkenaan berkata, Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu menerima kertas siasatan berkaitan satu kejadian kematian seorang bayi yang dilahirkan 8 Februari lalu di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, laporan polis berkaitan kertas siasatan itu dibuat pada tarikh sama oleh seorang pegawai perubatan yang memaklumkan telah didatangi oleh seorang wanita yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.

Kira-kira pukul 9.10 pagi, katanya, pengadu bersama pasukan ke lokasi dan terlihat seorang perempuan sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan pengadu juga mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan, Pejabat Pengarah Pendakwan Negeri telah memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam selain terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... a-kanak-kanak-2001/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kids are capable of murder.

Ingat ja kes James Burglar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...takleh bayangkn apa yg adik ni lalui...mengandung dan bersalin sorg2...memg bole stress dan meroyan...semoga dipermudahkn urusan adik ni dan perogol dpt hukuman setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg satu nk tanya....adik ni tak de mak ayah ke...smp skrg xde lgsg sebut pasal keluarga dia...dibuang keluarga kah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
302 kau.. teringat kes budak kat ganu hok bunuh kawan dia tu ntah apa cite ye kes tu senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia seorg kanak2 yang 'dirogol' menjalani fasa mengandung Dan melahirkan bersendirian? Siapakah orang dewasa yang bersamanya. Mungkin kah kehidupan di pusat pemulihan atau penjara fasa terbaik di hidupnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2022 12:36 AM | Show all posts
Agak berbelit lah karangan wartawan ni. Apa citer 302 tu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau ank sendiri, i kesian dgn dia. Kalau kes bunuh kawan tu mmg selayaknya ke tali gantung. Kalau adik ni mmg i kesian. 15thn baru, anak tu hasil dirogol ke? Lg i kesian dgn dia. Harap 1 day dia menemui kebahagiaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.074442 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list