Edited by boca120879 at 25-8-2022 01:55 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Utbah bin 'Abdullah, diceritakan oleh Ibnul Mubarak, daripada Sufyan, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada bapanya (Muhammad), daripada Jabir bin 'Abdullah,
"Apabila Rasulullah s.a.w. berkhutbah, maka Rasulullah s.a.w. memuji dan menyanjung Allah dengan hal-hal yang menjadi hak-Nya.
Kemudian (Rasulullah s.a.w.) bersabda, "Barangsiapa telah diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang boleh menyesatkannya.
Barangsiapa telah disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang boleh memberi petunjuk kepadanya.
Sebenar-benar perkataan adalah kitabullah (Al Qur'an).
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w.
Dan seburuk-buruk perkara adalah hal-hal (agama) yang baru. Setiap hal (agama) yang baru adalah bid'ah. Dan setiap bid'ah adalah sesat. Dan setiap kesesatan di dalam neraka.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Ketika aku diutus, jarak antara aku dan hari Kiamat seperti jarak dua jari ini."
Apabila Rasulullah s.a.w. menyebutkan hari Kiamat, maka kedua-dua pipinya kemerahan, suaranya meninggi, dan sifat marahnya bertambah, seolah-olah Rasulullah s.a.w. memperingatkan pasukan tentera.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hati-hati pada pagi kalian dan petangnya.
Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu buat keluarganya.
Dan barangsiapa meninggalkan hutang atau sesuatu yang hilang, maka itu tanggunganku.
Aku adalah wali bagi orang-orang yang beriman."
(Hadith Nasa'i no. 1560)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|