CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

Beregu muda ke suku akhir

[Copy link]
Post time 28-4-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Wei Chong dan kai Wun ketika menentang beregu Filipina. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara yang sedang meningkat naik dan diberi tanggungjawab untuk menyerlah di Sukan Sea Hanoi, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan masalah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas mengetepikan wakil tuan rumah, Christian Bernardo-Paul John Pantig sebentar tadi.

Wei Chong-Kai Wun yang juga pasangan nombor 44 dunia, hanya mengambil masa 23 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-7, 21-12 di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila.

Wei Chong menjelaskan dia gembira dengan kemenangan itu dan tekad untuk melakukan lebih baik selepas sedar akan menjadi tugas sukar buat mereka berdua pada aksi suku akhir nanti.

"Saya rasa kami berdua bermain dengan sangat baik hari ini. Tetapi perlawanan esok saya rasa lagi sukar berbanding perlawanan sebelum ini. "Saya tidak fikir terlalu jauh (mengenai peluang untuk meraih kejayaan) tetapi mahu ambil peringkat demi peringkat dan buat terbaik sepanjang berada di sini," kata Wei Chong.

Sementara itu, juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila turut melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan wakil Korea Selatan, Kang Min hyuk-Kim Won ho dengan keputusan 21-17, 21-17 dan mereka akan berdepan wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang esok.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional lelaki negara, Liew Daren berhempas-pulas untuk cuba mengalahkan pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie, namun dia terpaksa akur walaupun sudah mengheret aksi ke rubber set apabila tumpas 14-21, 21-13, 19-21.

Nasib sama menimpa perseorangan wanita negara, S Kisona apabila dia kalah kepada pilihan kelima dari China, He Bing Jiao, 18-21, 14-21, manakala beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing kalah kepada lawan dari negara sama, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 18-21, 16-21.

Dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa akur dengan pilihan ketiga, juga dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping 9-21, 19-21.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -muda-ke-suku-akhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.433059 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list