View: 393|Reply: 0
|
Hafizuddin sudah sedia gegar arena petangue Sukan SEA
[Copy link]
|
|
Gambar fail - Atlet petanque negara, Muhamad Hafizuddin Mat Daud. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada apa dapat menghalang semangat membara atlet petanque negara, Muhamad Hafizuddin Mat Daud untuk membuahkan kilauan pingat bermakna pada penampilan kelimanya dalam temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam bulan depan.
Katanya, dia sudah mempersiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi pertandingan pada temasya edisi ke-31 itu yang dijadual berlangsung di Petanque Boulodrome, Hanoi dari 13 hingga 19 Mei ini.
"Daripada sudut keyakinan, kami mampu memberikan yang terbaik. Saya rasa, kami mampu memberikan apa yang disasarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sekiranya mengambil sudut persediaan latihan dan persiapan.
"Tiada yang mengganggu fikiran. Buat masa sekarang, kami rasa tak ada yang mengganggu kerana kami mempunyai misi yang disasarkan. Kami sudah bersedia untuknya dan tak ada perkara yang mengganggu kami," kata Hafizuddin.
Pada temasya di Myanmar 2013, Hafizuddin membantu pasukan petanque meraih pingat gangsa dalam acara triples bersama Mohamad Hakem Ahmad Saberi dan Saiful Bahri Musmin.
Di Singapura 2015, Hafizuddin berjaya meraih emas pertamanya di temasya dwitahunan itu dalam acara perseorangan selain membantu pasukan meraih perak dalam acara triples.
Hafizuddin mempertahankan kilauan emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebelum membantu pasukan meraih emas dalam acara triples di Sukan SEA Filipina 2019.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan sasaran rasmi kontinjen negara ke Hanoi adalah 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa.
Sukan petanque dilihat mampu memberikan bonus dalam kutipan emas kontinjen negara bersama-sama taekwondo, wushu, silat, bina badan dan beberapa sukan lain dan ia dinilai berdasarkan prestasi semasa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -petangue-sukan-sea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|