View: 426|Reply: 0
|
Misi pertahan emas pecut 100m
[Copy link]
|
|
RUSSEL Alexander akan beraksi dalam acara pecut 100m. FOTO Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil tidak menolak mungkin akan ada perubahan saat akhir dalam senarai skuad negara yang akan beraksi di temasya Sukan Sea Hanoi.
Ia termasuk senarai pelari negara yang akan menggalas tugas dalam acara pecut 100 meter (m) dalam usaha untuk mempertahan pingat emas yang diraih pada dua edisi yang lalu.
Namun setakat ini, Manshahar memaklumkan cabaran negara dalam acara 100m itu akan digalas oleh Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Arsyad Md Saat selepas masing-masing layak secara merit.
"Mungkin ada perubahan dalam masa terdekat ini tapi saya tidak dapat nyatakan. Kita tunggu sehingga saat akhir.
"Perubahan mungkin boleh berlaku sekiranya ada atlet negara yang mengalami kecederaan dan perkara itu disahkan oleh pakar perubatan jadi kita boleh menukarkan atlet yang berada dalam senarai," katanya.
Pemilihan atlet dalam acara 100m menjadi persoalan apabila pelari muda negara, Muhammad Azeem Fahmi kini mendahului carta kedudukan pelari terpantas negara selepas merekodkan 10.37 saat ketika Kejohanan Kuala Lumpur All-Comers bulan lalu.
Russel dan Arsyad masing-masing di tempat kedua dan ketiga selepas merekodkan 10.46s.
Biar siapapun yang beraksi dalam acara itu, Manshahar tetap optimis akan kemampuan pelari negara untuk mempertahankan emas dalam acara riben biru itu.
"Untuk acara pecut ini, kita tidak boleh hanya melihat di atas kertas. Sebagai contoh, pada 2017 atlet pilihan adalah Eric Cray (Filipina) berdasarkan catatan terbaiknya ketika itu namun Khairul Hafiz Jantan berjaya mengatasinya dan menang emas. Apa yang penting adalah ketika hari pertandingan.
"Tapi kita juga sedar persaingan kali ini tetap sengit antara beberapa negara lain yang kita tahu kekuatannya seperti Indonesia yang mempunyai Lalu Muhammad Zohri yang memiliki catatan terbaik 10.03s dan juga pelari Thailand, Puripol Boonson dari Thailand 10.19s," katanya.
Khairul Hafiz menamatkan penantian selama 14 tahun Malaysia bagi memenangi 100m pada 2017 apabila mengungguli aksi final dengan catatan 10.38 saat (s) sebelum Haiqal mempertahankan kemenangan itu dua tahun kemudian di Filipina dengan catatan 10.35s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... han-emas-pecut-100m |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|