View: 381|Reply: 0
|
Dua emas perlu dibawa pulang
[Copy link]
|
|
SKUAD petanque negara tekad perbaiki pencapaian di temasya Sukan Sea Hanoi.
Kuala Lumpur: Ketika persatuan sukan lain agak goyah untuk menyatakan sasaran pingat ke Sukan Sea Hanoi, lain pula Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) apabila meletakkan matlamat dua emas perlu dibawa pulang apabila bertandang ke Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini.
Presiden PPM, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, sasaran dua pingat emas itu dianggap dilihat mampu dikecapi atlet sukan berkenaan berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuan mereka.
Beliau berkata, pihaknya meletakkan sasaran berkenaan dan sudah memaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
Menurutnya, skuad petanque kali ini cuba memperbaiki pencapaian pada temasya sama di Filipina pada 2019, apabila hanya menyumbang satu emas, dua perak dan dua gangsa.
"Insya-Allah, sasaran dua pingat emas adalah realistik untuk kita menyandarkan harapan kepada 17 atlet yang akan menyertai semua acara dipertandingkan di Hanoi.
"Setakat ini, saya dimaklumkan persiapan atlet berjalan lancar dan mereka sangat teruja untuk menghadapi Sukan Sea nanti dan cuba memperbaiki pencapaian pada temasya yang sama di Filipina," katanya.
Selain itu beliau berkata, PPM melihat semua atlet petanque yang beraksi di Sukan Sea Hanoi mampu menyumbang kepada pingat emas terbabit.
Katanya, selain dua emas, katanya, pingat perak dan gangsa turut menjadi sasaran walaupun tidak menetapkan acara secara khusus.
"Saya akan melawat dan meninjau persiapan atlet petanque yang kini sedang membuat persiapan rapi dalam masa terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... perlu-dibawa-pulang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|