CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

Piala Uber: Skuad Malaysia langkah kiri

[Copy link]
Post time 9-5-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode

Pemain negara, S Kisona gagal membutirkan mata pertama skuad negara apabila tewas kepada pemain Denmark, Mia Blichfeldt pada aksi Piala Uber di Bangkok hari ini. - AFP

KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 di tangan Denmark dalam aksi pertama Kumpulan C saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Kekalahan menyaksikan barisan pemain wanita negara berdepan tugas berat apabila wajib menang ke atas pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan kedua esok bagi menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir.

Terdahulu, Denmark mengutip mata pertama selepas perseorangan utama negara S Kisona tewas di tangan Mia Blichfeldt 14-21, 15-21.

Bagaimanapun, beregu nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila menyamakan kedudukan selepas menundukkan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 21-19, 21-19.


Perseorangan kedua, Goh Jin Wei meletakkan Malaysia di depan menerusi kemenangan ke atas Line Christophersen 21-12, 11-21, 21-5.

Beregu kedua, Teoh Mei Xing-Anna Cheong yang diharapkan mampu menyumbang mata kemenangan awal gagal merealisasikannya apabila mereka tewas di tangan Alexandra Boje-Amalie Magelund 14-21, 10-21.

Pemain muda, Myisha Khairul yang turun selaku perseorangan ketiga negara gagal dalam usaha melakar kejutan apabila tunduk di tangan Line Hojemark Kjaersfeldt 12-21, 9-21.
https://www.bharian.com.my/sukan ... laysia-langkah-kiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.062239 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list