View: 547|Reply: 0
|
Hajat Kok Leong raih emas tak kesampaian
[Copy link]
|
|
Pemain snooker negara, Lim Kok Leong meraikan kejayaan memenangi perak acara akhir lelaki Sukan SEA 2021 di Gimnasium Ha Dong, Hanoi, hari ini. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.
HANOI: Impian atlet snuker negara, Lim Kok Leong untuk merangkul emas berganda pada temasya Sukan SEA 2021 di sini, sebentar tadi, tidak kesampaian.
Sekalipun dua kali mendahului di permulaan permainan, Kok Leong tewas 4-2 (24-75, 88-34, 25-70, 65-48, 83-33, 67-42) di tangan atlet veteran Thailand, James Wattana dalam acara snuker perseorangan lelaki
Kok Leong berkata lawannya yang berusia 52 tahun itu jelas pemain yang lebih baik pada saingan final. James adalah bekas pemain nombor tiga dunia.
"Saya rasa saya bermula dengan baik hari ini (semalam) tetapi mungkin sedikit gementar," kata Kok Leong.
"Saya melakukan banyak kesilapan terutamanya pada 'frame' ketiga dan keempat di mana saya berpeluang untuk terus melebarkan jurang.
"James adalah legenda dalam sukan ini dan dia kekal tenang sepanjang perlawanan. Dia dapat beraksi dengan baik walaupun dalam tekanan.
"Walaupun saya tewas tetapi saya gembira dengan persembahan keseluruhan saya kerana sudahpun memenangi satu emas."
Kok Leong sebelum ini merangkul emas dalam acara 6 red perseorangan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... emas-tak-kesampaian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|