View: 588|Reply: 0
|
Shello sandaran Malaysian Tigers
[Copy link]
|
|
AKSI Shello (tengah) ketika sesi latihan. FOTO MHC
Kuala Lumpur: Pentas saingan Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia yang akan membuka esok boleh dikatakan sebagai platform yang sesuai kepada penyerang muda skuad hoki negara, Shello Silverius membuktikan kehebatannya.
Shello sering dipuji oleh ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj yang kagum melihat perkembangannya terutama dalam sesi latihan sebelum berlepas ke Jakarta baru-baru ini.
Arul berkata, penyerang dari Sabah itu adalah 'mesin gol' buat pasukan negara terutama ketika berdepan cabaran Kumpulan B menentang Korea Selatan, Oman dan Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno nanti.
"Shello berbakat, muda dan bertenaga serta mempunyai kekuatan fizikal. Saya agak keras dengannya pada awal sesi latihan tetapi dia tunjukkan kematangan yang bagus.
"Dia paling cergas, rajin dan sentiasa mencapai markah tertinggi berdasarkan laporan GPS dalam latihan.
"Pada masa ini, dia adalah salah seorang penyerang utama di bahagian depan," katanya.
Selain Shello, jentera serangan skuad negara turut diperkuatkan dengan kehadiran Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan penggempur utama, Faizal Saari.
Malaysia Tigers memasang misi untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik bagi melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2023 yang akan diadakan di India dari 13 hingga 29 Januari tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-malaysian-tigers |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|