CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 593|Reply: 0

Zii Jia kini ranking kelima dunia

[Copy link]
Post time 24-5-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode

LEE Zii Jia. FOTO ihsan BADMINTON PHOTO

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia meraih satu lagi pencapaian membanggakan apabila naik satu anak tangga di ranking kelima dunia, yang juga kedudukan terbaik pernah dicapainya.

Menerusi kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), jaguh perseorangan negara berusia 24 tahun itu memintas pemain perseorangan Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang jatuh di tangga keenam.

Bintang Denmark, Viktor Axelsen kekal menduduki ranking pertama dunia diikuti jaguh Jepun, Kento Momota di kedudukan kedua manakala rakan senegara Axelsen, Anders Antonsen turut kekal di ranking ketiga.

Pemain perseorangan Taiwan, Chou Tien Chen yang mengungguli lima daripada tujuh pertemuan dengan Jii Zia kekal di kedudukan keempat dunia.

Kejayaan Zii Jia memperbaiki kedudukan rankingnya didorong beberapa pencapaian membanggakan iaitu muncul juara Kejohanan Badminton Asia di Manila, Filipina pada 1 Mei lalu serta terbaru memenangi Terbuka Thailand di Bangkok, Ahad lalu.

Jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya berkata, anak didiknya itu perlu kekal konsisten jika mahu meraih lebih banyak lagi pencapaian membanggakan.

"Sekarang tiada lawan mudah untuk Zii Jia. Ia jelas berlaku pada perlawanan final Terbuka Thailand, tetapi mujur Zii Jia dapat mengatasi lawannya sebelum menang.

"Zii Jia perlu kekalkan sifat merendah diri, terus bekerja keras dan lebih konsisten jika ingin meraih lebih banyak kejayaan. Dia akan kembali fokus kepada persiapan untuk Terbuka Indonesia (14 hingga 19 Jun) selepas ini," katanya.

Seorang lagi pemain profesional negara, Liew Daren melonjak enam anak tangga untuk menduduki ranking ke-28 serta muncul pemain perseorangan kedua terbaik negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anking-kelima-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.718687 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list