View: 894|Reply: 0
|
Tukar jurulatih beri kesan misi skuad memanah di Hanoi
[Copy link]
|
|
Aksi pasukan memanah wanita kebangsaan ketika menentang Myanmar dalam acara recurve berpasukan pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.
KUALA LUMPUR: Faktor pertukaran jurulatih acara recurve sedikit sebanyak memberi kesan dalam misi memenuhi sasaran emas skuad memanah negara pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam yang berakhir Isnin lalu.
Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan berkata ini menyebabkan atlet memerlukan masa menyesuaikan diri dengan pendekatan latihan yang baharu.
Skuad memanah recurve kebangsaan sebelum ini dilatih jurulatih Korea Selatan, Lee Jae Hyung namun kini dikemudi jurulatih tempatan, Muhammad Marbawi Sulaiman.
"Bagi acara recurve, kekangan untuk meraih emas mungkin disebabkan faktor pertukaran jurulatih Korea Selatan kepada jurulatih tempatan. Jadi sudah semestinya mereka (atlet) memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara mengajar yang baharu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata proses "bedah siasat" akan dilakukan berhubung kegagalan skuad memanah kebangsaan dalam merealisasikan sasaran empat pingat emas.
Katanya, NAAM dalam masa sama akan merangka strategi lebih berkesan dalam memastikan skuad recurve mampu beraksi lebih cemerlang pada kejohanan akan datang.
"Selepas mesyuarat post mortem bersama jurulatih dan MSN, kita (NAAM) akan tengok kepada program latihan yang lebih sesuai buat atlet, tetapi mereka juga perlu meletakkan sasaran dan kedudukan pasukan memanah pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti," katanya.
Skuad memanah kebangsaan menamatkan cabaran di Hanoi dengan mengumpul keseluruhan dua emas, dua perak dan lima gangsa.
Pencapaian dua emas, satu perak dan dua gangsa diperolehi dalam acara compound sementara satu perak dan tiga gangsa dalam acara recurve.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ad-memanah-di-hanoi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|