View: 593|Reply: 0
|
Impian Chong Wei mahu dua pemain di Olimpik Paris
[Copy link]
|
|
CHONG Wei mahu ada seorang lagi pemain perseorangan iringi Zii Jia beraksi di Olimpik Paris 2024.
Kuala Lumpur: Bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berharap akan ada dua wakil negara dalam acara perseorangan pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selain pemain profesional negara, Lee Zii Jia.
Meskipun ia dilihat sukar berlaku, Chong Wei berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berusaha terlebih dahulu memastikan pemain perseorangan negara dapat menduduki ranking lebih baik sekali gus berpeluang mengutip mata lebih banyak untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Dua wakil bagi setiap negara dibenarkan beraksi di Sukan Olimpik sekiranya kedua-dua pemain itu berada dalam kelompok 16 terbaik dunia.
"Saya fikir tiada masalah untuk Zii Jia layak dan dia pun tidak lagi bersama BAM. Fokus sekarang adalah bagaimana kita mahu ada seorang lagi wakil di Olimpik. Siapa yang menjadi sandaran BAM untuk tujuan ini.
"Jika Ng Tze Yong, bagaimana BAM mahu rancang program untuk dia terutama bagi meningkatkan kedudukan ranking dunianya kerana untuk ada dua wakil dalam acara perseorangan, perlu berada dalam kelompok 16 terbaik dunia," katanya.
Dengan pusingan kelayakan Olimpik akan bermula 1 Mei depan, Tze Yong yang kini menduduki ranking ke-48 dunia perlu sekurang-kurangnya berada dalam kelompok 28 terbaik dunia pada hujung tahun ini bagi membolehkannya menyertai kejohanan Siri Super tahun depan untuk mengutip mata layak ke Olimpik.
"Sebaiknya, BAM juga beri peluang kepada pemain muda yang lain seperti Leong Jun Hao, Lee Shun Yang dan beberapa lagi untuk sama-sama berjuang merebut tiket ke Olimpik.
"Kalau kata Tze Yong ada masalah, kita ada dua atau tiga lagi pemain selepas dia," katanya.
Sepanjang empat penampilan Chong Wei di Olimpik, hanya dirinya sahaja layak ke temasya sukan itu dalam acara perseorangan pada 2012 dan 2016.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-di-olimpik-paris |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|