View: 655|Reply: 0
|
Zii Jia berada pada prestasi terbaik
[Copy link]
|
|
ZII Jia sudah bersedia sepenuhnya menghadapi dua kejohanan di Indonesia. FOTO ASWADI ALIAS
Kuala Lumpur: Mampukah pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia terus kekal konsisten dan menambah koleksi kejuaraannya tahun ini apabila turun beraksi di kejohanan Badminton Masters Indonesia yang bermula esok.
Selepas cemerlang dengan dua gelaran juara berturut-turut di Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand bulan lalu, Zii Jia yang kini menghuni ranking kelima dikatakan berada dalam prestasi terbaiknya.
Namun saingan sebenar Zii Jia di Indonesia Masters dijangka akan bermula di suku akhir apabila dia dijadualkan berdepan jaguh tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting.
Selepas menarik diri daripada kejohanan itu tahun lalu seawal pusingan pertama kerana dihantui kecederaan, kali ini Zii Jia akan tampil membuka saingan menentang wakil Thailand Kantaphon Wangcharoen pada pusingan pertama dengan kedua-duanya pernah bertemu sebanyak enam kali selain masing-masing memegang rekod kemenangan seimbang 3-3.
Dia seterusnya dijadualkan bertemu sama ada pemain dari Kanada, Brian Yang ataupun satu lagi wakil dari Thailand, Sitthikom Thammasin di pusingan kedua sebelum bertemu Ginting di suku akhir.
Bagi jurulatih peribadinya, Indra Widjaya, beliau yakin dengan kemampuan Zii Jia yang kini sudah bersedia sepenuhnya menghadapi dua kejohanan di Indonesia itu.
"Dia (Zii Jia) kini berada di prestasi terbaik dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk berdepan cabaran di dua kejohanan itu.
"Kami akan berikan fokus yang terbaik dan berharap keputusan yang terbaik juga dapat dihasilkan nanti.
"Sekarang ini prestasi Zii Jia sangat memuaskan tapi itu semua masih dalam proses lagi dan saya harap dia akan terus pamerkan aksi konsisten dan menjadi pemain yang lebih matang," katanya.
Tahun lalu, menyaksikan Zii Jia yang berdepan kecederaan terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama ketika turun berdepan lawan dari England, Rasmus Gemke seterusnya menyaksikan jaguh Jepun, Kento Momota muncul juara perseorangan lelaki.
Sementara itu Indra turut menjelaskan, beliau masih belum membuat sebarang keputusan berhubung laporan yang mengatakan Zii Jia mungkin menarik diri daripada beberapa kejohanan bagi memberi tumpuan kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo Ogos nanti.
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan dan ia bergantung sepenuhnya terhadap tahap keupayaan Zii Jia nanti.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... da-prestasi-terbaik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|