Edited by boca120879 at 11-6-2022 03:32 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Abdul Hamid bin Hubaib bin Abu Al Isyrin, diceritakan oleh Al Auza'i, daripada 'Atho` bin Abu Rabah, daripada Ibnu 'Abbas,
"Pada masa Rasulullah s.a.w., ada seorang lelaki yang kepalanya terluka. Lelaki tersebut mimpi basah (terkeluar air mani). Lalu dia dinasihatkan (oleh sahabatnya) untuk mandi (junub) sehingga lukanya bertambah parah dan mati.
Maka sampailah berita itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membunuh mereka.
Ubat bagi orang jahil adalah bertanya."
'Atho` bin Abu Rabah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sepatutnya dia hanya perlu membasuh badannya dan mengecualikan kepalanya yang terluka itu."
(Hadith Ibnu Majah no. 565)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|