View: 761|Reply: 0
|
SUKIPT 2022 kembali membuka tirai Ogos depan
[Copy link]
|
|
NORAINI (tengah) meluangkan masa beramah mesra dengan empat atlet UPSI yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Vietnam 2021 di UPSI, Tanjung Malim semalam. – FOTO UPSI
SETELAH tertangguh selama dua tahun, temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi kelima akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dari 12 hingga 21 Ogos depan.
Ini adalah penjadualan semula buat kali ketiga buat temasya sukan terbesar institusi pengajian tinggi (IPT) itu akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia sejak Mac dua tahun lalu.
Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen IPT telah mengesahkan penyertaan membabitkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti untuk merebut 210 pingat emas daripada 21 acara yang dipertandingkan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, SUKIPT 2022 mampu menjadi platform terbaik buat atlet-atlet IPT mengembalikan prestasi terbaik setelah dua tahun tidak terlibat dengan kejohanan kompetitif bertaraf kebangsaan.
“Ia juga seterusnya akan menjadi persediaan awal untuk menghadapi kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa pada 2023 nanti,” katanya pada majlis pelancaran SUKIPT di UPSI semalam.
Penganjuran SUKIPT dilihat mempunyai peranan tersendiri untuk menggerakkan usaha-usaha kementerian dalam melahirkan modal insan holistik di IPT seluruh negara.
Menariknya, pada penganjuran kali ini, pemecah rekod kebangsaan pada saingan SUKIPT akan menerima insentif sebanyak RM20,000 atau berkongsi hadiah jika terdapat lebih daripada seorang yang berjaya melakukannya.
Sebagai rekod, kali terakhir SUKIPT dilangsungkan menyaksikan Universiti Putra Malaysia muncul juara keseluruhan sewaktu edisi 2018.
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... a-tirai-ogos-depan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|