Edited by boca120879 at 24-6-2022 03:14 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ishaq bin Musa Al Anshari, diceritakan oleh Ma'n, diceritakan oleh Malik bin Anas, daripada Abu An Nadlr, daripada Busr bin Sa'id, daripada Abu Juhaim, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seandainya orang yang lalu-lalang di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa yang akan menimpanya.
Nescaya dia akan berhenti selama empat puluh (40) lebih baik daripada lalu di hadapannya (orang solat)."
Abu An Nadlr berkata, "Aku tidak tahu sama ada Rasulullah s.a.w. berkata. empat puluh (40) hari, atau bulan, atau tahun."
(Hadith Tirmidzi no. 308)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|