View: 25821|Reply: 41
|
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by renjer at 23-9-2010 08:03
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
sumber: oleh Jurnal Public Library of Science ONE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam al Quran atau kitab Sirah ada mention ke pasal angin timur tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mane ade... dlm alquran ade cerita pasal nabi musa membelah laut jer... yg diorg ni tak percaya sbb tu la diorg nih buat kajian bagai... dn itulah hasil kajian diorg... yg mengetahui segala hanya allah subhanahuwataala... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# arimrock
itu la. sbb ikut yg aku pernah baca. kalau tak silap. Nabi Musa sampai ke pinggir laut merah. berdoa kepada Allah. turun perintah utk menghentak tongkat. laut merah terus terbelah dua.
kalau ikut kajian saintis tu, macam mengambil masa yg terlalu lama pulak. "saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air". 12 jam tu lama. sedangkan kita tahu bala tentera firaun dah memang semakin hampir/rapat ikut kat belakang. unless, kalau dalam al Quran/Sirah Nabawi memang ada tercatat atau mention pasal angin yg luar biasa. kalau betul, aku pun takkan nafikan yg Allah Maha Mengetahui; Dia memang dah tahu apa akan jadi di masa depan, semua dalam perancanganNya. cuma tinggal Nabi Musa & pengikutnya sampai ke pinggir laut merah saja.
dan kena fikir jugak. faktor angin yg nak maintain dinding air tu. kalau angin yg terlalu kuat, rombongan kumpulan Nabi Musa pun boleh melayang sekali dek kekuatan angin tu. lepas tu kena fikir jugak faktor berapa jauh jaraknya laluan yg terbuka tu. bukannya dekat. dgn nak tempuh tiupan angin tu lagi. hmmm.....
saintis2 ni sebolehnya nak tolak mukjizat macam tu aje. apapun, mereka tetap nak cari bukti saintifik. dalam hal ni, mereka fikirkan faktor angin. tapi 'siapa' jugak yg mengawal & memerintah angin tu? Allah jugak. so kalau teori angin ni benar sekalipun, tetap membenarkan & bagaikan mengaku kekuasaan Allah. kecuali kalau saintis2 tu lebih percaya kepada gaia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dan kita sebagai Orang Islam,kalau tak ada bukti pun kita tetap percaya jika sudah diterangkan didalam Al Quran dan Al Hadith. |
|
|
|
|
|
|
|
allah maha berkuasa dalam melakukan sesuatu..
tiada satu pon yg sukar bagi-Nya...
KUN FA YA KUN maka terjadilah seperti kehendaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada saintis kata pembelahan laut tu sebab tsunami....ingat masa tsunami 2004? Kan air laut surut mendadak? Masa tu la Nabi Musa dan kaumnya menyeberang. Dan kata saintis tu Firaun dan askarnya tenggelam bila tsunami melanda...punca tsunami ialah kononnya letupan gunung berapi di Santorini.
Bagi aku kalau benda tu Allah nak jadikan..jadi le...takyah nak explain saintifik..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mari kita bersama2 mengkaji mukjizat para nabi seperti yang disarankan oleh al-quran sambil mengutuk kerajaan2 arab sbb x sapot usaha mengkaji mukjizat para nabi...(baca dgn nada sarkastik).... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply arimrock
itu la. sbb ikut yg aku pernah baca. kalau tak silap. Nabi Musa sampai ke pinggi ...
NEMESIS Post at 26-9-2010 13:20
setiap yg berlaku mesti ALLAH sediakan sebab musabab dia..contohnya..nape org mati accident,kena bunuh..nape ALLAH x suruh malaikat tarik nyawa begitu shj tnpa sebab musabab...perkara2 ganjil yg berlaku memang selalunye ada penjelasan secara saintifiknya..contohnya..struktur tanah kat situ yg menjadikan mcm 2..tapi ALLAH yg menjadikn structure tanah 2..apa yg mutlak 2 milik ALLAH..saintis pusing mcm mana pun..balik2 ALLAH juga..SEMAKIN KITA CUBA MEMAHAMI KEBESARANNYA SEMAKIN JAUH KITA DARINYA..mksudnya,jika kita menyelesaikan satu persoalan..beribu persoalan lagi kan muncul..Ilmu kita sikit sngt.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku kalau benda tu Allah nak jadikan..jadi le...takyah nak explain saintifik.....
betul tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan kita sebagai Orang Islam,kalau tak ada bukti pun kita tetap percaya jika sudah diterangkan didal ...
sayapghaib Post at 27-9-2010 19:51
Yerp betul tu... cuma bila ada pembuktian ia lebih menambahkan iman kita lagi, itu saja. Jika pun tidak ada pembuktian saintifik kita tetap beriman dengan Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
whoa, dasat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan kita sebagai Orang Islam,kalau tak ada bukti pun kita tetap percaya jika sudah diterangkan didal ...
sayapghaib Post at 27-9-2010 07:51 PM
setuju |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2 kalau ada theory....
tp org islam meletakkan Quran dan hadith mendahului teori, pendek kata, kalau tiada bukti sains, ataupun bercanggah dgn sains sekalipun,
kita tetap dahulukan Quran dan hadith.
kalau bukti sains menyokong, ia bonus.
kalau tak sokong, takpa, kena beriman pada Quran jugak.
hahaha, tentu sukar menerima hakikat ini kan, bagi org2 sains.
setiap saintis muslim perlu melalui peringkat di mana, mereka kena berlawan dgn perasaan tidak puas hati apabila mereka terpaksa mendahulukan nas Quran dan hadis lebih dari akal.
ramai di sini pasti melaluinya, sy pun pernah. mmg tak puas ati, sebab kita org sains....hehe.....
tp terpaksa jugak adjust otak supaya terima nas dan dalil agama dulu, nombor dua baru akal.
dlm Islam , kedudukan AKAL sangat-sangat tinggi, kita perlu sentiasa mengasah akal.
cuma ia duduk nombor 2 selepas Quran dan sunnah.
Alhamdulillah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dua perkara yg saling berkait.. Iman dan Akal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# NEMESIS
Sy setuju dengan penerangan NEMESIS.
Jika difikirkan dgn logik akal sekalipun, pembelahan air laut melalui proses angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam amatlah susah nk diterima.
Lgpun Nabi Musa dan pengikutnya tak mempunyai byk masa utk menunggu proses angin timur terbentuk kerana Firaun dan kuncu-kuncunya dah pun ada dekat belakang mereka.
Ada pepatah cakap
"Seeing is believing"
Well, as for this case....
Tak perlu tengok dengan mata kasar or bukti yang jelas baru nak percaya.
Once, Allah cakap KUN FA YA KUN... zaap! terus jadi. By the time, bukti dan kajian tiadalah berguna kalau Allah sendiri tak izinkan utk mereka kaji aspek tersebut.
Apa-apapun, yakinlah kepada kuasa ALLAH Yang Maha Esa kerana tiada yang mustahil bagi NYA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# alphawolf
i beg to differ.
(aku yakin) terdapat penjelasan saintifik untuk semua kejadian/peristiwa....dari tenggelamnya Qarun sampailah ke persoalan ruh.....cuma tahap pengetahuan kita masih belum sampai ke tahap tu. dan sesetengahnya mungkin langsung takkan kita tahu disebabkan keterbatasan akal kita.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal [Ali-Imran: 190]
source: http://zonfikir.blogspot.com/2010/12/tuhan-mengajar-kita-bagaimana-untuk.html#ixzz1X4pf1mMF |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|