CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2854|Reply: 1

KD Lekir tembak misil pertama di luar perairan Malaysia

[Copy link]
Post time 16-7-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
KD Lekir tembak misil pertama di luar perairan Malaysia

Julai 16, 2022 @ 12:54pm

KUALA LUMPUR: Kapal Diraja (KD) Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat (AS) dalam siri latihan 'Sinking Exercise' (SINKEX) fasa di laut Eksesais 'Rim of the Pacific' (RIMPAC) 2022, Selasa lalu.

Kapal jenis korvet milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai eksesais maritim antarabangsa terbesar itu mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan untuk latihan SINKEX ini, sasaran yang digunakan adalah Ex-USS Rodney M Davis, sebuah kapal perang peluru berpandu kelas Oliver Hazard Perry (OHP).

Mengikut laporan laman web defencesecurityasia.com, misil EXOCET MM40 adalah peluru berpandu antikapal yang memiliki jarak operasi efektif sejauh 70 kilometer.

KD Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022. - Foto TLDM

Kapal Ex-USS Rodney M Davis yang menjadi sasaran dalam siri latihan ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) fasa di laut Eksesais ‘Rim of the Pacific’ (RIMPAC) 2022. - Foto US NAVY COURTESY ASSET

RIMPAC 2022 bermula 29 Jun lalu hingga 4 Ogos depan dilaksanakan di sekitar kepulauan Hawaii dan selatan Calfornia. Ia adalah eksesais ke-28 dalam siri yang bermula pada 1971.

Selepas dua minggu di pelabuhan, peserta RIMPAC keluar untuk latihan di laut selama 22 hari mulai 11 Julai yang melibatkan 38 kapal, empat kapal selam dan lebih 170 pesawat milik 26 negara.

Ini kali kedua TLDM menyertai RIMPAC selepas KD Lekiu mengambil bahagian pada 2018. Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini menyediakan peluang latihan bersama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama di antara peserta.

Penembakan oleh KD Lekir pada Selasa lalu disaksikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor di K Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.

KD Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022. - Foto TLDM

KD Lekir berjaya melancarkan misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022. - Foto TLDM

Kapal Ex-USS Rodney M Davis yang menjadi sasaran dalam siri latihan ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) fasa di laut Eksesais ‘Rim of the Pacific’ (RIMPAC) 2022. - Foto US NAVY COURTESY ASSET

"RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan 'interoperability' di antara angkatan laut yang mengambil bahagian. Penyertaan ini satu pengalaman yang menambah nilai profesionalisme kru KD Lekir," kata Mohd Reza.

Ex-USS Rodney M Davis adalah kapal pertama dinamakan sempena anggota tentera berpangkat sarjan dalam Kor Marin AS yang menerima pingat kehormatan selepas terkorban dalam Perang Vietnam pada 1967 ketika berusia 25 tahun.

Kapal Ex-USS Rodney M Davis yang menjadi sasaran dalam siri latihan ‘Sinking Exercise’ (SINKEX) fasa di laut Eksesais ‘Rim of the Pacific’ (RIMPAC) 2022. - Foto US NAVY COURTESY ASSET

Kapal perang berkenaan ditauliahkan pada 9 Mei 1987 dan ditamatkan perkhidmatan pada 23 Januari 2015.

Menurut Markas Tentera Laut, pada 22 Mei lalu, KD Lekir juga berjaya melancarkan misil jenis sama pada Eksesais Taming Sari 21/22 di perairan Selat Melaka Utara sebagai persediaan untuk ke RIMPAC Ke-28.

"Saya pasti warga kapal sudah tidak sabar untuk menyertai edisi RIMPAC yang seterusnya," kata Mohd Reza lagi.

KD Lekir yang memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 3 Mei lalu dijadual kembali ke tanah air pada 6 September depan selepas selesai menjalani eksesais. Tempoh keseluruhan pelayaran sepanjang penyertaan eksesais adalah 99 hari di laut.

Sementara itu, Biro Penerangan RIMPAC Combined dalam kenyataan berasingan, memaklumkan penembakan itu dilakukan ke atas sasaran terletak di perairan dengan kedalaman 15,000 kaki, kira-kira 50 batu nautika utara Kauai di Hawaii.

"Unit-unit dari Australia, Kanada, Malaysia dan AS mengambil bahagian dalam SINKEX untuk memperoleh ketepatan dalam taktik, sasaran dan penembakan sasaran di permukaan perairan," katanya.

Kata kenyataan itu, eksesais berkenaan juga memberi peluang latihan bagi meningkatkan kebolehan merancang, berkomunikasi dan mengendalikan operasi maritim yang sukar seperti ketepatan menembak sasaran jarak jauh.

"Kapal sasaran dalam SINKEX digunakan dengan mematuhi peraturan agensi perlindungan alam sekitar dan selepas dipastikan tiada manusia atau hidupan marin di kawasan sasaran yang boleh terjejas ketika eksesais berkenaan," kata kenyataan berkenaan.

Misil EXOCET MM40 dilancarkan dari KD Lekir ke arah kapal Ex-USS Rodney M Davis. - Foto KD LEKIR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 16-7-2022 03:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.500083 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list