View: 999|Reply: 0
|
Aura Azizul iringi atlet berbasikal negara
[Copy link]
|
|
SHAH Firdaus kini menjadi sandaran negara untuk bawa pulang pingat di Komanwel. -FOTO NSTP
Sepang: Beraksi di Sukan Komanwel Birmingham tanpa jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang sudah pastinya memberikan sedikit perasaan 'kekok' kepada rakan sepasukan lain dalam usaha memburu kilauan emas di temasya terbabit.
Situasi berkenaan diakui atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom apabila kehadirannya di temasya berkenaan tanpa kelibat Azizulhasni mengundang perasaan berbeza berikutan sebelum ini dia sering ditemani individu berkenaan apabila menyertai kejohanan besar di luar negara.
"Ketiadaan dia (Azizulhasni) sudah pasti menimbulkan suasana berbeza kerana selalunya sudah pasti dia ada menemani kami apabila menyertai kejohanan besar.
"Walaupun dia tiada ketika ini namun sering menghantar mesej kepada kami memberikan kata-kata semangat supaya buat yang terbaik di Birmingham," katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Mengikut rekod, kem berbasikal negara antara yang terawal berlepas ke Birmingham bagi mengharungi temasya Komanwel yang bermula bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Tanpa kehadiran Azizulhasni menyaksikan tumpuan beralih kepada Shah Firdaus disandarkan harapan memenangi emas dalam skuad yang disertai tiga lelaki dan tiga wanita itu.
Sementara itu, berkaitan persiapan pasukan berbasikal negara, pelumba berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa ketika ini dia mahu beri tumpuan kepada mempertingkatkan kelajuan kayuhan sebelum menjelangnya hari pertandingan kelak.
Pada masa sama, Shah Firdaus berkata dia mahu menikmati kayuhannya tanpa terlalu memikirkan sebarang tekanan yang dilihat mampu menjejaskan prestasinya pada hari pertandingan.
"Tekanan sudah tentu ada namun saya tidak mahu memikirkannya kerana lebih menganggap sebagai tanggungjawab kepada negara.
"Sebenarnya, bagus juga ada tekanan kerana ia sebagai pembakar semangat dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti kayuhan.
"Cuma jika kita terlalu memikirkan perkara itu akan memakan diri kerana berdasarkan pengalaman terdahulu apabila terlalu banyak fikir perkara lain sudah pastinya menyebabkan prestasi merudum," katanya.
Pada penampilan di Gold Coast 2018, pasukan berbasikal trek negara tidak membawa pulang pingat selepas meraih satu gangsa menerusi Azizulhasni pada edisi 2014 di Glasgow.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-berbasikal-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|