View: 969|Reply: 0
|
Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Taiwan
[Copy link]
|
|
Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Taiwan selepas menewaskan gandingan tuan rumah hari ini.
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kejohanan, akhirnya pemain badminton negara menamatkan penantian mara ke pentas final sebentar tadi.
Terima kasih kepada beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menamatkan penantian itu apabila mara ke final Terbuka Taiwan walaupun kejohanan ini hanya berstatus Super 300.
Kejayaan itu menyaksikan mereka hanya tinggal selangkah lagi untuk meraih kejuaraan kali kedua musim ini.
Wei Chong-Kai Wun mara selepas menumpaskan pasangan tuan rumah, Su Ching Heng-Ye Hong Wei 21-13, 22-20 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 36 minit sekali gus merekodkan kemenangan pertama dalam pertemuan sulung antara mereka itu.
Pilihan keenam kejohanan, Wei Chong-Kai Wun tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan lawan yang berada di ranking ke-93 dunia itu meskipun beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.
Wei Chong-Kai Wun yang berada di ranking ke-36 dunia dijadual bertemu pemenang dalam satu lagi saingan separuh akhir antara pilihan utama dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin ataupun rakan senegara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci.
Sebelum ini, Wei Chong-Kai Wun menjuarai Kejohanan Antarabangsa India pada Januari lalu, menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-18, 21-15.
Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei tewas di tangan pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau 17-21, 21-17, 12-21 dalam tempoh 51 minit.
Seorang lagi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki, Soong Joo Ven turut tersingkir di separuh akhir apabila tewas di tangan pilihan utama, juga wakil tuan rumah, Chou Tien Chen 12-21, 12-21.
https://www.bharian.com.my/sukan ... inal-terbuka-taiwan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|