View: 900|Reply: 3
|
Wanita tidak mandi 10 hari kerana yakin wangi, jimat air
[Copy link]
|
|
Jane memberitahu mandi adalah bukan keperluan harian dan dia tidak berbau busuk. - TikTok
Wanita tidak mandi 10 hari kerana yakin wangi, jimat air
WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yakin bahawa dia tidak menghasilkan bau badan meskipun tidak mandi selama 10 hari, lapor portal berita MailOnline semalam.
Graduan Universiti Negeri Washington, Ayden Jane, 23, mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian video di laman TikTok yang akhirnya menjadi tular.
Jane berkata, dia berkongsi video tersebut untuk membuktikan bahawa seseorang tidak perlu mandi untuk kelihatan cantik.
“Saya adalah bukti hidup bahawa anda tidak perlu kerap mandi untuk kelihatan dan berasa sihat,” katanya dalam rakaman itu yang menyaksikan dia mempamerkan rambut dan badan yang tidak dicuci selama 10 hari.
Video itu mencatatkan lebih tiga juta tontonan, namun mengundang pelbagai komen negatif.
Malah, Jane turut dikecam netizen yang terkejut dengan pengakuannya dan menggelarnya sebagai ‘gila.’
Kata wanita itu, dia tidak perlu kerap mandi kerana rambutnya tidak berminyak selepas menggunakan jenama jenama syampu tertentu.
Jane juga mendedahkan bahawa dia menggunakan deodorant anti-peluh setiap hari untuk kekal segar dan tidak berbau busuk.
“Saya berpendapat lebih baik untuk alam sekitar jika kita kurang mandi kerana air adalah sumber yang berharga.
“Melainkan jika anda melakukan kerja buruh dan banyak berpeluh, anda mungkin perlu mandi setiap hari,” tambahnya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... in-wangi-jimat-air/
|
|
|
|
|
|
|
|
pengotornya… euwww sangat… |
|
|
|
|
|
|
|
cuba duduk Malaysia.. confirm ko sendri fengsan dgn bau badan sendri kalau tak mandi 10 hari |
|
|
|
|
|
|
|
Euwww dia mungkin selesa tapi tidak orang sekelilingnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|