View: 2003|Reply: 13
|
Impian Dari Darjah 6, Lelaki Nak Jadi Kamen Rider Kabuto Masa Kahwin Jadi Realiti
[Copy link]
|
|
Impian pemuda ini merakam potret perkahwinan sambil memakai kostum watak adiwira popular Jepun iaitu Kamen Rider Kabuto menjadi realiti.
Menurut Muhammad Harizal Hafeez Hassanal, dia dan isteri Mahirah Sarah Mansor dinikahkan pada 26 Mac lalu, namun photoshoot tersebut baru sahaja diadakan pada 17 Julai ketika majlis bertandang pihak lelaki di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan.
IG fkzpictures
"Kostum itu dipakai ketika sesi outdoor photoshoot, ia merupakan pakaian kedua selepas persalinan songket. Sebenarnya memang dah lama simpan idea tu. Ingat nak buat ketika sanding belah perempuan tapi macam tak larat pula, so tak jadi.
"Lepas tu menyesal sikit sebab tak pakai. Gambar ni masa sanding belah lelaki. Memang dah bawa siap-siap letak kat dalam bilik hotel, pakai tak pakai lain cerita. Lepas outdoor photoshoot songket tu memang dah penat habis dah.
"Terfikir juga larat ke aku pakai ni nanti, dah la susah bernafas dalam helmet tu. Tapi dengan segala tenaga dan semangat yang ada, kuatkan diri tukar ke kostum Kamen Rider juga. Dan ia merupakan keputusan terbaik saya pernah buat," ujarnya.
Senang disapa Harizal, pengurus projek itu berkata dia membeli kostum berkenaan pada harga sekitar RM6,000 ke RM7,000 pada tahun lalu.
Jelasnya, ia merupakan impian sejak zaman kanak-kanak dan mengambil masa lebih 13 tahun sebelum berkemampuan untuk memilikinya.
"Tujuan beli kostum ni sebab memang minat dengan Kamen Rider Kabuto sejak kecil. Dulu tengok cerita Kamen Rider Kabuto dekat NTV7, dari situ dah pasang niat nak beli kostum Kamen Rider Kabuto.
"Tapi harga masa tu memang tak mampu sebab kecil lagi baru darjah enam. 13 tahun tunggu, akhirnya dapat juga kostum Kamen Rider Kabuto pada tahun lepas. Impian yang dibawa dari zaman kanak kanak.
"Sekarang saya ada tiga kostum Kamen Rider, keseluruhan ada dalam 10 kostum dalam simpanan," ujar Harizal yang menetap di ibu negara.
IG fkzpictures
Selain sokongan keluarga, Harizal berkata isterinya juga memahami obsesinya terhadap watak adiwira itu, malah dia tidak menolak kemungkinan anak-anaknya juga akan mewarisi minat yang sama.
"Isteri memang tahu saya suka Kamen Rider. Dia memang terima dengan idea saya sebab bila lagi boleh buat photoshoot kahwin kan? Dia banyak bagi semangat masa photoshoot bila saya penat. Waktu photoshoot tu dah petang jadi dah mendung sikit, tak adalah panas terik tapi masih berpeluh juga.
"Keluarga pun dari kecil dah tahu saya minat benda macam ni. Biasanya abang dan adik sayalah yang selalu tolong ambil gambar masa saya pakai kostum Kamen Rider. Anak tu tengoklah nanti macam mana minat mereka. Minat tak boleh dipaksa. Kalau minat, bolehlah turunkan semua harta koleksi saya," ujarnya berseloroh.
IG fkzpictures
Potret unik pasangan itu yang dikongsi ke laman Twitter turut dihujani pujian netizen.
Untuk rekod, Harizal pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2020 selepas video dia memperagakan kostum Kamen Rider tular di media sosial.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww ak kagum... Sebagai peminat anime ak sgt suke. Jji jgn pakai badang men sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa kostume tu, nampak ori. pandai dia jaga
nasib baik la badan agak slim. mostly kamen rider keding, tapi bila pakai suit nampak buff |
|
|
|
|
|
|
|
Best ke cter kamen rider tu?
Tp nmpk ok la..sbb body dia cntik.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bini heols nampak berusia dari heols? heols helok dah hahah. so kesimpulannya kena pakai kostum sentiasa bila berjalan dgn isteri utk mengelakkan ada babi sondol |
|
|
|
|
|
|
|
Bini ko macam senyum tak ikhlas masa ko pakai costume tu. Macam ketat je senyuman paksa2 happy. Tapi gambar last bila korang pakai sedondon senyuman dia dah tak ketat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak berkualiti kostum ni. Patutla harga pun mahal. Berbaloi la beli.
Kalau ada kostum ultraman aku nak gak beli. Tapi rasa cam xmuat |
|
|
|
|
|
|
|
Asal ayu rupa ko mat
Mcm rupa abey pink tu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku just boleh ckp good luck jer la pd bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm katik plak dlm kostum tu. bila pakai baju pengantin ok je tuannya.
happy la tu buleh pakai kostum kamen rider |
|
|
|
|
|
|
|
belt tu CSM ke..memang real & padu..lagi padu klau die belanja satu rider kick |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak dulu ada couple kawen tema hello kitty. sampai dah beranak pinak pun raya ke ape ke tema hello kitty |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti banyak berbelanja untuk kostumnya tu lepas ni boleh ler honeymoon ke Jepun tengok yang sebenar |
|
|
|
|
|
|
| |
|