View: 2097|Reply: 11
|
Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
[Copy link]
|
|
Pattheema akhirnya menemui seorang wanita untuk menjadi perempuan simpanan suaminya. - TikTok
Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
BANGKOK – Seorang wanita di Thailand bertindak di luar kebiasaan apabila mengupah seorang perempuan simpanan untuk menggembirakan suaminya dengan bayaran sebanyak 15,000 baht (RM1,855) sebulan, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pattheema, 44, pada minggu lalu memuat naik iklan di TikTok untuk mencari tiga perempuan simpanan di wilayah Samut Prakarn.
Wanita itu mempunyai perniagaan yang berjaya bersama suaminya dengan menjual dan menyewakan trak kren di Samut Prakarn.
Akan tetapi, ibu anak satu itu percaya bahawa dia seorang isteri yang teruk, sentiasa penat dan tidak boleh menggembirakan suaminya.
Pattheema menyiarkan video dalam akaun TikToknya @natpattheema789 dengan kapsyen ‘Mengupah perempuan simpanan untuk suami saya’.
“Saya mahu mengupah tiga perempuan simpanan untuk suami saya. Saya mahu wanita berumur antara 30 hingga 35 tahun yang telah menamatkan sekolah menengah atau mempunyai ijazah Sarjana Muda.
“Anda akan dibayar sekurang-kurangnya 15,000 baht sebulan, mendapat penginapan percuma dan makan percuma. Tetapi awak perlu tolong saya.
“Dua orang akan diupah untuk membantu kerja dokumen di pejabat saya dan seorang lagi akan diupah untuk menjaga saya, suami dan anak,” katanya.
Setelah memuat naik tiga kekosongan untuk jawatan itu, Pattheema akhirnya menutup permohonan setelah berjaya menemui seorang wanita cantik berusia 33 tahun dari wilayah Phetchabun.
Dia membawa wanita itu berjumpa suaminya. Walaupun tidak seperti yang suaminya harapkan, dia akhirnya bersetuju menjadikan wanita itu sebagai ‘isteri keduanya’.
“Saya, suami dan ‘isteri keduanya’ akan menjadi satu keluarga. Kami akan keluar makan bersama-sama dan menjaga antara satu sama lain,” katanya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... k-gembirakan-suami/
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 perempuan thailand kalau perempuan malaysia dah lama kena ketuk ketampi macam friska perosak rumah tangga org |
|
|
|
|
|
|
|
Tak. Ni rasanya si bini tu memang hada fetish tengok laki dia main dengan pompuan lain. Body language mereka berdua dalam gambar tu pun seswatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
eh giler laaa haahahahahscary la bini dia.. ntah2 bise*ual |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 4-8-2022 07:22 PM
ape gile ni
Lahai kalau nikah terus cop xgila tp sunnah. Ni sbb xnikah cara kau maka giler. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-8-2022 03:20 AM
Tak. Ni rasanya si bini tu memang hada fetish tengok laki dia main dengan pompuan lain. Body languag ...
Ni mungkin speku plg tepat. Heheeehhhh kt msia pon hader tau. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 5-8-2022 04:13 AM
Ni mungkin speku plg tepat. Heheeehhhh kt msia pon hader tau.
Sah2 la sis oi. Paling senang nak kaver dengan bermadu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-8-2022 04:20 AM
Tak. Ni rasanya si bini tu memang hada fetish tengok laki dia main dengan pompuan lain. Body languag ...
Swinger kah? Spekuan uols plg tepat. Bkn nk sgt pembantu tp jenis nafsu begitu |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 5-8-2022 07:15 PM
Swinger kah? Spekuan uols plg tepat. Bkn nk sgt pembantu tp jenis nafsu begitu
Bukan swinger. Ada istilahnya tapi aiol pun tak ingat. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 6-8-2022 03:17 AM
Bukan swinger. Ada istilahnya tapi aiol pun tak ingat.
Voyeur istilah dia. Td nk taip xingat ejaan. Swinger yg tukr2 pasangan kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|