View: 1673|Reply: 6
|
Pelakon sinetron kembali murtad
[Copy link]
|
|
Jakarta: Pelakon sinetron, Marcella Simon kini sudah 'murtad' dan keluar daripada Islam dengan memeluk semula agama asalnya Kristian pada 5 Ogos lalu melalui satu upacara keagamaan.
Upacara berpindah agama Marcella itu dijalankan oleh seorang paderi. Malah, Marcella mendakwa sejak memeluk Islam tiga tahun lalu, dia mengalami masalah mental dan hampir bunuh diri.
"Selepas tiga tahun (peluk Islam), saya hampir menemui ajal kerana berhadapan masalah mental dialami," katanya.
Pengakuan Marcella yang pernah popular dengan sinetron Safira itu dibuatnya ketika membalas komen rakan selebriti, Samuel Zylgwyn di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Marcella meluahkan tiba masa dia menyimpan semua pengalamannya.
Katanya, ia bagi menguatkan hatinya pada kepercayaan yang menjadi tujuan hidup.
Bagaimanapun, pendedahan mengejutkan Marcella itu menerima pelbagai reaksi daripada peminatnya. Bahkan, ada antara mereka berasa amat kecewa dan menganggap Marcella sanggup mempermainkan agama.
Tidak kurang juga, ada yang menyokong Marcella kerana menyifatkan dia wajar membuat pilihan untuk hidupnya, sekali gus merasakan Marcella lebih tenang menganuti agama asalnya, Kristian seperti dulu.
"Semoga dia gembira dengan pilihannya (agama) sekarang. Jangan jadi mualaf lagi selepas ini," kata seorang netizen.
Terdahulu, Marcella yang didakwa mempunyai iras wajah seperti pelakon sensasi, Marshanda itu difahamkan membuat keputusan memeluk agama Islam pada 2019 lalu.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/870215/marcella-keluar-islam-kembali-pada-kristian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak merasi tu. Dah tak merasi kau tak yahlah paksa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan perkara luar biasa disana. Sebab tu dalam apa2 keadaan kena ada keikhlasan bukan paksaan atau ikut-ikutan sebab jika disebabkan itu ia tak akan bertahan lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cun hidung jambu muka 4 segi.. lantak ekaulaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia masih Islampun......tapi dalam hati dah murtad (tak percaya atau ragu2 pada Allah SWT, tak mengakui Rasul SAW).......dia dah kufur. Tak de beza dengan dia tukar agamapun. |
|
|
|
|
|
|
|
nak ngeseks..nak tonggang..mkn cikbab tanpa rasa bersalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkejut kalau terjadi di yindon sana..di sini pun ada terjadi, tapi tak direport.. susah2 mereka menetap di luar negara & hidup aman damai sehingga nak meninggal baru famili di msia tahu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|