CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 2

3 Sebab Utama Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Kawan Baik

[Copy link]
Post time 17-8-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Anda sedang dilamun cinta? Dengan kawan baik anda sendiri?!
Oh tidak…

Memang anda boleh bercinta dengan sesiapa sahaja yang anda suka. Tetapi bukan dengan kawan baik anda.
Di sini saya kongsikan 5 sebab utama kenapa anda tidak digalakkan untuk bercinta dengan kawan baik anda.

Banyak rahsia yang si dia tahu
Semasa anda berkawan baik dengan dia dahulu, banyak rahsia yang anda kongsikan dengan dia. Dari sekecil-kecil rahsia sehinggalah ke sebesar-besar rahsia. Luar dalam semua dia tahu. Ooops!
Apabila banyak rahsia yang dia tahu, susah untuk anda berselindung daripada dia nanti. Segala selok belok dan taktik licik anda sudah ada dalam kocek dia.
Dan jika anda berdua bergaduh, takut nanti rahsia yang disimpan selama ini diungkit semula menyebabkan perhubungan anda berdua menjadi semakin rumit.

Akan merosakkan perhubungan persahabatan anda
Apabila anda bercinta dengan kawan baik, perhubungan persahabatan anda berdua sudah tidak sama seperti dahulu. Anda sudah tidak lagi boleh berkongsikan kisah dan rahsia seperti yang biasa anda buat sebelum ini.
Dulu mungkin anda akan rasa happy bila dengan dia sebab anda boleh jadi diri anda sendiri tanpa perlu berselindung apa-apa. Nak bergurau senda dan membahan dia pun tidak menjadi masalah.
Tetapi apabila anda bercouple dengan dia nanti, anda terpaksa mengawal diri dan tingkah laku anda bagi menjaga hati dia. Sekarang anda kena ingat, anda dengan dia adalah pasangan. Kalau dia merajuk, anda kena pujuk.

Mungkin tidak kekal lama
Saya cakap ‘mungkin’. Jika ada jodoh, semoga berkekalan selamanya. Jika tidak, anggap memang anda berdua cukuplah hanya sekadar kawan baik sahaja.
Susah sebenarnya apabila anda bercinta dengan kawan baik anda sendiri. Perasaan suka itu mungkin sementara. Tetapi mungkin juga perasaan suka itu memang betul-betul sebenarnya cinta.
Ada orang boleh bertahan lama sehingga ke anak cucu. Tetapi rata-rata yang saya dengar, ramai yang mengeluh apabila berkahwin dengan kawan baik sendiri.
Walau apapun, terpulang kepada diri anda masing-masing. Yang pasti semuanya itu terletak pada diri anda sendiri. Jika betul ingin bercinta dengan kawan baik anda, jagalah hati dan perasaannya dengan sebaiknya.
Jika tidak, jangan sesekali memainkan perasaannya. Ingat tu!

kalau nak jumpa kakan baru atau hubungan baru, boleh lah cuba app yang sudan di market dan selamet. Seperti orang Malaysia suka pakai Sweet Ring untuk hubungan yang serius, JD dating untuk kawan baru lepak-lepak, Tinder untuk …. Tak tau lah haha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 02:06 PM | Show all posts
Baru tahu ada app Sweet Ring, bukan super ring bosskur ya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2022 08:17 AM | Show all posts
Turning friends into lovers most of the time, doesn't work at all.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.234278 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list