CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 0

[SEJARAH] Kuil Purbakala 8000 Tahun Yang Disembah Kaum Arab Prasejarah

[Copy link]
Post time 26-8-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Kuil Purbakala 8000 Tahun Yang Disembah Kaum Arab Prasejarah


Dunia Arab sebelum wujudnya golongan Arab Badwi dan Hadhari sebenarnya misteri dan sedikit dirungkaikan oleh para saintis. Namun, banyak peninggalan seperti artifak dan saki-baki bangunan kuno beransur-ansur terdedah, seolah-olah telah tiba masanya dunia Arab kuno didedahkan kepada masyarakat Arab sekarang. Kini, kerajaaan Arab Saudi fokuskan aktiviti ekskavasi di kota kuno bernama Al-Faw yang lokasinya berada di barat daya ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Sekumpulan pengkaji antarabangsa di bawah seliaan organisasi Suruhanjaya Warisan Arab (Saudi Heritage Commission) telah menemui kuil terbiar yang berusia 8,000 tahun bersama penempatan orang Neolitik. Tambahan lagi, mereka menemui 2,807 buah kubur yang ada antara kubur wujud pada fasa yang berbeza, hasil dari pengunaan teknologi dan beberapa teknik pemetaan seperti menangkap gambar dari udara, menggunakan rakaman dari drone, pengesanan laser dan tinjauan geofizik.

Apakah kuil berusia 8,000 tahun ini akan mendedahkan dunia Arab kuno yang sebenar? Ini persoalan utama untuk kiita mencari jawapan tentang kebenaran tamadun Arab yang tidak diketahui ramai. Sebelum meneruskan pembacaan, kami sarankan korang semua untuk membeli KITAB TAMADUN ISLAM, di mana korang boleh memahami lebih jelas sejarah dunia Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW serta bagaimana agama Islam mampu merubah dunia Arab sehingga wujudnya ZAMAN KEEMASAN ISLAM.


Pertama sekali, kita kenali dahulu apakah kota kuno bernama Al-Faw ini. Al-Faw adalah ibu kota dalam Kerajaan Kindah yang ditubuhkan pada abad ke-5 dan ke-6 Masihi. Kerajaan Kindah ialah kerajaan persekutuan antara puak nomad Arab yang menetap di utara dan tengah semenanjung Arab. Kerajaan ini menjadi kerajaan berasaskan pemerintahan monarki pertama dalam sejrah tamadun Arab.

Al-Faw dibina di penghujung padang pasir bernama Al-Rub’ Al-Khali kerana lokasi itu menghubungkan dengan kota-kota kuno lain seperti Wadi Al-Dawasir dan Najran. Kota kuno ini mempunyai kuil yang dibina dengan batu yang telah dipotong dengan bentuk bata yang terletak di timur kota tersebut dan berdekatan dengan Bukit Tuwaiq. Para pengkaji yang menemui kuil itu juga menemui beberapa inskripsi kuno. Salah satu inskripsi yang mereka temui ialah  penerangan tentang persoalan kefahaman masyarakat tentang agama dan sistem kepercayaan.

https://www.thepatriots.asia/wp-content/uploads/arab.jpg
Inilah kota Al-Faw yang telah ditemui oleh kumpulan ahli arkeologi bawah kerajaan Arab Saudi (Sumber: Ancient Origins)
Tambahan lagi, terdapat rekod tentang tempat suci bernama Jabal Lahaq yang dijadikan sebagai tempat penyembahan dewa Kahal, iaitu dewa sembahan warga Al-Faw. Perubahan fungsi tempat suci ini ditugaskan oleh Wahb Allat, salah satu ahli keluarga Malha yang mengaku sebagai penduduk kota Al-Jarha. Para pengkaji berandaian bahawa rekod ini menunjukkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kota Al-Faw dengan Al-Jarha. Berkemungkinan rekod ini menunjukkan perkongsian agama antara kedua-dua warga kota untuk menyembah dewa yang sama.

Dari rekod ini, saintis percaya bahawa penyembahan dewa Kahal adalah agama monoteisme terawal di Timur Tengah, seiring dengan kelahiran agama monoteisme lain seperti Yahudi, Kristian, dan Islam. Penyembahan ini juga bertentangan dengan penyembahan patung berhala sebelum kelahiran nabi terakhir di bumi Arab yang kemudian ditentang oleh Islam sendiri. Sama ada penyembahan dewa Kahal ini benar-benar agama monoteisme terawal, mereka perlu mengkaji lebih lanjut lagi.


Patung kepala seorang lelaki pada abad pertama Masihi juga antara artifak yang ditemui dalam Al-Faw. (Sumber: Ancient Origins)
Selain kuil, kumpulan pengkaji ini juga menemui 4 buah bangunan yang besar dan masing-masing mempunyai satu tiang menara. Berkemungkinan bangunan-bangunan tersebut adalah tempat para pengembara atau pedagang berehat dan membuka khemah sendiri. Tambahan lagi, Al-Faw mempunyai sistem,pengaliran yang lengkap dengan saluran dan tangki air, serta mempunyai sistem takungan dengan menggali lubang untuk menadah air hujan, kemudian mengalir ke ladang-ladang. Dengan sistem pengaliran sebegini, rakyat Al-Faw mampu menanam pelbagai jenis tanaman tanpa masalah.

Penemuan terakhir adalah ukiran di dinding batu, Kebanyakan ukiran mengisahkan tentang Bukit Tuwaiq, terutamanya kisah tentang seorang lelaki bernama Madhekar Bin Muneim. Terdapat juga ukiran tentang rutin seharian rakyat seperti memburu, bertempur dalam peperangan, dan mengembara. Kesemua ukiran ini masih lagi dalam penelitian pengkaji bagi merungkai ukiran tersebut.


Inilah ukiran batu di Al-Faw yang menerangkan tentang kehidupan seharian rakyatnya. (Sumber: Ancient Origins)
Denganh kesemua penemuan di Al-Faw ini, ramai saintis percaya bahawa Semenanjung Arab adalah tempat kelahiran penempatan-penempatan kuno serta mempunyai perkembangan bidang pertanian, pemburuan, pembinaan, dan beberapa teknik kemandirian untuk memastikan ketamadunan di tanah Arab maju ke hadapan. Mungkin tamadun Arab Kuno setanding dengan beberapa tamadun-tamadun gah di dunia jika para saintis membongkar semua rahsia-rahsia ketamadunan di sebalik gurun pasir Arab ini.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/kui ... um-arab-prasejarah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049777 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list