CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 0

[DUNIA] Cita-Cita Dahsyat Artemis Yang Mengembalikan NASA Ke Bulan

[Copy link]
Post time 9-9-2022 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Cita-Cita Dahsyat Artemis Yang Mengembalikan NASA Ke Bulan



Perlumbaan angkasa kelihatan terbantut selepas Amerika Syarikat berjaya mendarat di Bulan pada tahun 1969. Sekelip mata, mereka meletakkan diri di puncak kegemilangan sementara Kesatuan Soviet merepυt sampai terbυrαi.

Tanpa musuh terunggul, Amerika Syarikat lebih aktif terlibat di dunia dengan menyelamatkan Kuwait daripada pendυdukan Saddam Hussein. Namun selepas itu, banyak tindakan bodoh dilakukan mereka seperti Perαηg Iraq (2003) dan sikap tamak haloba hingga menyebabkan Krisis Ekonomi 2008.

Selama 20 tahun itu, Amerika Syarikat tidak lagi mendahagakan alam angkasa. Pihak NASA hanya meneruskan misi-misi kecil sahaja – banyak dalam kerjasama dengan pihak antarabangsa, seperti Eropah dan Jepun. Sesudahnya Bulan dibiar kesunyian macam segelintir dalam kalangan pembaca yang tiada peneman hidup.


Pendaratan terakhir.


Namun penantian ini nampaknya berakhir dengan pelancaran Artemis I pada 29 Ogos 2022 – 53 tahun sejak pendaratan sulung yang memasyhurkan kejayaan Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins.


Artemis Yang Menyelidik Lebih Dalam

Misi-misi utama Artemis I jelas menunjukkan tanda aras NASA yang baharu. Sampai hari ini, ramai tidak sedar yang Van Allen Radiation Belt sebenarnya mudah ditembυsi tanpa menjejaskan angkasawan (Scudder, 2017).

Lingkaran ini menghamburkan bahan radiasi antara 0.16 hingga 1.14 rad pada angkasawan… jauh lebih rendah berbanding 5 rad yang dipiawaikan USAEC untuk pekerja bahan radioaktif. Namun bagi NASA, angka ini masih tidak cukup… tambah pula dengan pendedahan di sekeliling Bulan.

Jadi misi Artemis akan menjadi saksi sejauh mana tubuh badan akan terdedah pada bahan radiasi. Artemis menerbangkan Helga, Zohar dan Moonikin Campos ke Bulan, lengkap dengan alat pengesan radiasi (Heilweil, 2022). Helga dan Zohar mengenal pasti pendedahan pada tubuh wanita.

Moonikin Campos pula akan diletakkan atas kerusi komander kenderaan darat untuk dijadikan bahan rujukan pasal pengalaman memandu. Sekarang semua boleh hidu yang Helga, Zohar dan Moonikin Campos adalah patung.


Komander Moonikin Campos di kerusi takhtanya.

Benda sama dibuat semasa Program Apollo dulu. Sebelum Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat, NASA menghantar Program Lunar Orbiter yang tiada anak kapal untuk mengenal pasti beberapa kriteria penting (Bowker & Hughes, 2016).

17 Langkah Dalam Dua Juta Kilometer

Selepas menghentikan program Space Shuttle, pihak NASA mula membangunkan roket berkuasa tinggi iaitu Space Launch System (SLS). Usaha penyelidikan NASA bersama empat syarikat aeroangkasa membuahkan hasil, kerana SLS akan diguna buat julung kalinya untuk misi Artemis I. Tiga patung pengesan berada dalam kapal Orion yang dipasang di bahagian paling atas SLS.

Selepas keluar daripada Bumi, SLS dan Orion akan berpisah. Jadi Orion sahaja akan meneruskan perjalanan sampai ke Bulan… dan menjelajahi beberapa ribu kilometer meninggalkan Bulan, sebelum berpatah balik ke Bumi.


Infografik NASA.

Misi ini dijangka mengambil masa 42 hari, kerana Orion perlu sampai pada 17 titik utama (checkpoint) dalam perjalanan 2 juta kilometer ini. Kejayaan (atau kegagalan) misi ini amat penting, kerana NASA akan menjαrαh segala maklumat untuk melancarkan Artemis II.

Dan misi susulan ini akan melibatkan empat angkasawan NASA. Mereka akan terbang mengikut 17 langkah ini, untuk memastikan ketepatan maklumat sepertimana diperolehi melalui misi Artemis I.

Misi Artemis III baru akan mendaratkan dua angkasawan pada permukaan Bulan, disusuli Artemis IV, V dan VI yang sangat penting untuk sains. Kerana tiga misi terakhir ini akan mengembalikan dominasi Amerika Syarikat dalam bidang aeroangkasa pada tahap tidak mampu dicapai Rusia apatah lagi diidam negara-negara lain.

Kerana NASA akan meletakkan sebuah stesen angkasa (macam ISS) di langit Bulan sebagai pusat penyelidikan dan “holding area” pada kenderaan Bulan.

Kejayaan Apollo telah mencurahkan arus teknologi tidak terjangkau untuk dimanfaat Amerika Syarikat. Kejayaan Artemis entah akan buat apa pula. Dan sudah pasti terkulat-kulat golongan anti-NASA mencari helah untuk halalkan tuduhan fitnah bahawa NASA menipu lagi. Sembang lebat pasal bendera berkibar pun terυk dikerjakan sampai habis merepek dibuatnya.



RUJUKAN:

Bowker, D., & Hughes, J. (2016). Lunar Orbiter Photographic Atlas of the Moon.

Heilweil, R. (2022, Ogos 27). NASA’s latest moon mission is the dawn of a new space age. Vox.

Scudder, J. (2017, Jun 16). Why Aren’t the Van Allen Belts a Barrier to Spaceflight? Forbes.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/cit ... ikan-nasa-ke-bulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.221839 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list