View: 726|Reply: 2
|
Penyanyi R. Kelly didapati bersalah dalam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Kelly berdepan hukuman penjara 10 hingga 90 tahun atas sabitan terbaharu itu. - Getty Images
Penyanyi R. Kelly didapati bersalah dalam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
CHICAGO, ILLINOIS – Penyanyi R&B, R. Kelly, yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan jenayah seksual, semalam didapati bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak selepas sebulan menjalani perbicaraan di Chicago, Amerika Syarikat (AS).
Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, disabitkan dengan tiga pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak dan tiga pertuduhan memerangkap kanak-kanak.
Pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali itu bagaimanapun dibebaskan oleh juri persekutuan bagi tujuh kesalahan lain, termasuk pertuduhan di mana dia menghalang keadilan dalam perbicaraan sebelumnya.
“Robert Kelly bertanggungjawab atas penderaan seksual seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dan mereka telah membantu membetulkan apa yang salah ketika pendakwaan sebelum ini di daerah Cook.
“Kemusnahan yang dilakukan oleh Kelly ke atas mangsa-mangsanya tidak dapat diukur. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mangsa atas kekuatan mereka, ketabahan dan keberanian untuk tampil memberikan keterangan ketika perbicaraan,” kata Peguam AS untuk Daerah Utara Illinois, John Lausch.
Tiada tarikh hukuman ditetapkan serta-merta buat masa ini. Kelly berdepan hukuman penjara 10 hingga 90 tahun atas sabitan terbaharu itu, kata pejabat Lausch dalam satu kenyataan.
Kelly sebelum ini disabitkan bersalah di New York pada September tahun lalu kerana merekrut remaja dan wanita untuk jenayah berkaitan seks.
Penyanyi lagu ‘I Believe I Can Fly’ itu didapati bersalah bagi lapan pertuduhan pemerdagangan seks dan satu pertuduhan pemerasan dalam kes di New York tersebut. – AFP
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... ografi-kanak-kanak/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama juga kes dia nak setel ya?
Paling kelakar dia kena interview siap nangis2 kata yg ni semua fitnah. Nah kau, budak2 yg ko rogol sekarang dah jadi mak budak..ambil masa lama juga kes dia ni nak setel. Maklum lah sebelum ni ada tangan ghaib. |
|
|
|
|
|
|
|
People like Trey Songz should also be charged & sent to jail. That dude is disgusting too. |
|
|
|
|
|
|
| |
|