View: 1191|Reply: 3
|
Johnny Depp jalin cinta dengan peguam sendiri
[Copy link]
|
|
Johnny Depp jalin cinta dengan peguam sendiri
Johnny Depp dan Jolle Rich dilaporkan sangat serasi.
Los Angeles: Pelakon Johnny Depp, 59, kini menjalin hubungan cinta bersama bekas peguamnya Jolle Rich, 37, dan bukan Camille Vasquez yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Jolle adalah seorang daripada peguam yang membelanya dalam kes saman terhadap sebuah tabloid Britain di mana dia didakwa memukul bekas isterinya, Amber Heard pada 2018.
Sebuah akhbar melaporkan Jolle bukan sebahagian daripada peguam bela Depp dalam perbicaraan kes fitnah menentang Heard awal tahun ini.
Bagaimanapun, dia hadir di mahkamah di Virginia itu untuk memberikan sokongan moral kepada bintang Pirates of the Caribbean terbabit.
Sebuah portal melaporkan keserasian yang terjalin antara mereka sangat luar biasa.
"Hubungan mereka serius. Mereka adalah pasangan secocok. Kehadirannya ke mahkamah itu bukan atas dasar profesional tapi bersifat peribadi," menurut sumber.
Depp dan Jolle dikatakan kerap bertemu di hotel secara rahsia di awal-awal hubungan mereka. Jolle sangat berjaya dalam kerjayanya sebagai peguam dan memiliki firma guaman di London.
Dia masih berkahwin dan memiliki dua cahaya mata sewaktu bertemu Depp namun kini sudah bercerai.
Pada Mei lalu, kemesraan Depp dan peguamnya Camille jadi tumpuan sehingga mereka didakwa bercinta. Bagaimanapun, mereka nampaknya mesra atas dasar profesional.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ngan-peguam-sendiri
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WeAiNe replied at 24-9-2022 07:07 PM
tak serik2 dia ni hahaha
Ntahhhh .dah laa masa mula2 jumpa tu masih bini org |
|
|
|
|
|
|
|
Sis tak rasa dia dgn Jo ni...dia mmg rapat n baik dgn kwn2 ppuan dia, xcaya tanya Penelope Cruz cthnya. Dgn laki2 dia pun baik dgn Johnny. Lagipun physical attraction / taste dia byk ke blonde or gothic. Vanessa Paradis, Kate Moss, Amber ni, Winona Ryder, ex-wife dia yg first2 dia kenal waktu di Hollywood.
Rehat2 la dulu dari berbini Johnny oi...dah nak putus jari dah dgn sorg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|