View: 711|Reply: 0
|
Azizul jadi tumpuan di Jerman
[Copy link]
|
|
AZIZUL bergambar bersama atlet lumba basikal dari sekolah sukan di Frankfurt. FOTO Azizuhasni Awang.
Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui terharu apabila dirinya dikenali dalam kalangan pelumba muda di Jerman.
Jelas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu, peristiwa berkenaan berlaku ketika dia berpeluang menjalani latihan di Velodrom Frankfurt Oder bersama jurulatihnya, John Beasley.
"Tempoh hari saya amat bertuah kerana dapat berlatih di Velodrome Frankfurt Oder buat pertama kalinya. Saya dan jurulatih John Beasley memandu selama lebih kurang sejam setengah dari Berlin untuk sampai ke sana.
"Di sesi latihan itu, turut serta atlet-atlet lumba basikal dari sekolah sukan di kawasan itu yang berumur antara 13 hingga 15 tahun. Yang bestnya mereka semua kenal saya dan mereka cakap mereka tengok dan sokong saya ketika berlumba di Sukan Olimpik tempoh hari.
"Terharu juga. Tapi yang kurang bestnya, korang tengoklah saiz diorang tu, dah lebih kurang saya je. Sampai saya pun rasa macam nak kena masuk sekolah sukan balik," kata Azizul di akaun media sosial miliknya.
Azizul yang berehat lama selepas menjalani pembedahan jantung sebelum kembali beraksi di Liga Juara-Juara Berbasikal Trek UCI di Mallorca, Sepanyol minggu lalu, mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menjalani latihan di velodrom itu.
"Ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana memberikan peluang dan kebenaran untuk saya menggunakan fasiliti mereka ketika berada di sini dan saya harap dapat meluangkan lebih banyak waktu untuk berlatih dan berlumba di sini pada masa akan datang. Orang-orang Jerman sangat baik," katanya.
Pusingan kedua Liga Juara-Juara Berbasikal Trek UCI akan diteruskan di Berlin, Jerman pada 19 November ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-tumpuan-di-jerman |
|
|
|
|
|
|
| |
|