CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 0

Dhabitah rangkul tiga emas

[Copy link]
Post time 28-11-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Dhabitah raih tiga emas di GP Terjun FINA. - Foto FB Dhabitah

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tiga pingat emas Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini, semalam.

Ketiga-tiga acara itu ialah 3 meter (m) papan anjal seirama wanita dan 10m plaftorm seirama wanita yang tidak disertai pasukan lain, serta menerusi 3m papan anjal seirama campuran.

Dalam acara 3m papan anjal seirama, Nur Dhabitah yang bergandingan dengan Ng Yan Yee merekodkan 290.10 mata, manakala dalam acara 10m platform seirama wanita beliau bersama Datuk Pandelela Rinong merekodkan 299.52 mata.

Penerjun berusia 23 tahun itu merangkul emas bersama Muhammad Syafiq Puteh menerusi acara 3m papan anjal seirama campuran dengan 305.70 mata, mengatasi pasangan Australia Alysha Koloi-Lachlan Cronin (288.06 mata) serta Kang Minhyuk-Kim Nahyun dari Korea Selatan (258.93) yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.


Bercakap kepada Bernama selepas majlis penyampaian pingat, Nur Dhabitah berkata beliau berpuas hati apabila segala kerja kerasnya membuahkan hasil walaupun hanya menjalani latihan intensif bagi kejohanan itu selama seminggu.

"Saya sangat gembira tetapi secara jujurnya agak penat sebab pertama kali masuk tiga pertandingan dalam satu hari dan saya juga baru pulih daripada kecederaan belakang.

"Sebulan sebelum pertandingan saya tidak banyak berlatih cuma menghampiri satu minggu sebelum pertandingan baru (berlatih) habis-habisan," katanya.

Sementara itu, Muhammad Syafiq mengucapkan rasa syukur apabila mampu mempersembahkan terjunan yang mantap meskipun baru sihat sepenuhnya daripada demam denggi.

"Saya memang gembira sangat, sebab ini memang keputusan saat akhir yang dibuat bersama Nur Dhabitah. Saya masih mahu teruskan perjuangan ini sebab beraksi di Kuala Lumpur, perasaan itu lain dan alhamdullilah, emas hari ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-rangkul-tiga-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 1.272667 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list