CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

Zia Jia sasar empat gelaran

[Copy link]
Post time 1-1-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Zii Jia sasar pertahan ranking nombor dua dunia.

KUALA LUMPUR: Tiga atau empat gelaran menjadi sasaran pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia untuk terus kekal berada dalam kelompok dua terbaik ranking dunia.

Zii Jia berkata, dia perlu mencari rentak yang lebih baik dalam memburu gelaran pada musim 2023, bermula dengan kejohanan di laman sendiri, Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari ini.

"Bagi saya untuk pertahankan nombor dua dunia, saya kena ada keputusan (yang baik). Kena ada gelaran untuk kekal dalam kelompok dua terbaik di dunia dan itu adalah azam dan sasaran saya," katanya.

Pada musim 2022, Zii Jia, 24, hanya meraih dua gelaran iaitu di Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand.


Pemain dari Alor Setar, Kedah itu juga meraih penamat kedua di Terbuka Denmark selain tiga tempat ketiga masing-masing di Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Indonesia.

"Sudah tentu saya mahukan yang lebih baik daripada tahun ini. Paling tidak tiga atau empat gelaran berbanding tahun ini iaitu dua gelaran saja. Bagi saya, sekiranya saya mahu pertahankan nombor dua dunia, paling tidak kena ada tiga atau empat gelaran dan saya harap ia juga dapat dilakukan di Terbuka Malaysia juga," katanya.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua di Terbuka Malaysia dijadual bertemu pemain Jepun, Kodai Naraoka di pusingan pertama dan sekiranya mara, dia berkemungkinan bertemu bekas rakan sepelatih, Ng Tze Yong di pusingan kedua.

Tze Yong dalam pada itu bakal membuat perhitungan dengan pemain Ireland, Nhat Nguyen di pusingan pertama - pertemuan ketiga antara mereka selepas masing-masing terikat dengan satu kemenangan sebelum ini.

https://www.bharian.com.my/sukan ... sasar-empat-gelaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.104297 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list