View: 1924|Reply: 3
|
Diburu paparazi, Saif, Kareena hilang sabar
[Copy link]
|
|
SAIF ALI KHAN dan isteri Kareena Kapoor.
Diburu paparazi, Saif, Kareena hilang sabar
DIKEJAR paparazi pada pukul 2 pagi di dalam kawasan kediaman sendiri membuatkan aktor, Saif Ali Khan hilang sabar hingga menyindir mereka supaya mengikutinya dan isteri, Kareena Kapoor ke bilik tidur.
Selepas kejadian tersebut, timbul pula khabar angin mengatakan pengawal keselamatan yang bertugas di perumahan elit didiaminya dibuang kerja gara-gara membenarkan paparazi memasuki kawasan tersebut.
Malah tercetus pula gosip pelakon berusia 52 itu sudah membuat laporan polis terhadap paparazi atas tuduhan mencerobohi kawasan rumahnya.
Tidak menunggu lama, Saif menepis segala spekulasi yang disifatkan mengarut sama ada membabitkan pengawal keselamatan, mahupun tindakan saman.
Katanya, dia tidak menyalahkan sesiapa pun ketika paparazi mengekori hingga mencerobohi ruang privasi, malah tidak mungkin dia menggunakan tindakan undang-undang untuk menahan media melakukan kerja.
Akui bapa empat anak itu, selama ini dia memberikan kerjasama baik, cuma berasa tidak wajar apabila paparazi bertindak mengikutinya hingga ke rumah selain turut berada di sekolah anaknya, Taimur Ali Khan.
Saif berharap isu tersebut tidak disensasikan dan berharap paparazi juga menghormati privasi keluarga serta kediaman orang lain.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... reena-hilang-sabar/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
melampau paparazi pun sampai pukul 2pagi. tak tidur demi sebuah konten ya |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sampai ada di sekolah anak tu tak patut la...anak dia tak minta dpt bapak selebriti pun...biarlah dia membesar leklok sebelum diexpose dunia media sensasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooo. Yenadei. Obses sungguh. Sampai sekolah anak tu semua prent akan takut. X yah tunggu jd selebriti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|