View: 4836|Reply: 0
|
Penyokong berang taktikal Steinbrukner
[Copy link]
|
|
Penyokong berang taktikal Steinbrukner
Penyokong TFC tidak berpuas hati dengan taktikal yang digunakan Steinbrukner ketika menentang Negeri Sembilan.
KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu mempersoalkan taktikal yang digunakan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbrukner ketika tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC), semalam.
Malah, mereka menyifatkan jurulatih kelahiran Croatia berusia 57 tahun itu dilihat kurang kreatif selain tidak berpuas hati dengan barisan pemain yang diturunkan.
Presidennya, Mohd Isa Che Ariffin berkata, kesilapan barisan pertahanan selain ketumpulan jentera serangan juga antara faktor skuad Penyu gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan.
"Kami berpandangan taktikal yang digunakan Tommy (Tomislav Steinbrukner) kurang menjadi, pemain yang sepatutnya ditukar tidak dikeluarkan, sebaliknya jurulatih itu menukar pemain yang beraksi dengan baik dalam perlawanan itu.
"Ramai dalam kalangan penyokong kurang berpuas hati dengan kesebelasan utama yang diturunkan Tommy dengan menyifatkan jurulatih itu kurang kreatif serta lambat melakukan pertukaran bagi menggantikan mereka yang kurang berkesan.
"Kekalahan TFC juga disebabkan kesilapan di bahagian pertahanan kurang berfungsi dengan baik selain melakukan kesilapan mudah dan mereka beraksi bawah tahap sebenar.
"Posisi serangan pula banyak peluang yang terhidang di depan gol tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan, peluang demi peluang masih lagi tumpul walaupun dilihat pemain mencuba untuk menjaringkan gol.
"Namun masih belum terlambat buat TFC berubah, kami harapkan dalam perlawanan seterusnya, Tommy dapat merencanakan sesuatu dan menerapkan strategi lebih mujarab agar tidak lagi keciciran mata lagi," katanya.
Selepas lima perlawanan, naib juara Liga Super musim lalu itu kini menghuni di tangga kelapan dengan hanya mengutip empat mata selepas lima perlawanan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ktikal-steinbrukner
|
|
|
|
|
|
|
| |
|