CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8410|Reply: 0

'Shah Firdaus buktikan mampu galas tugas Azizulhasni'

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Shah Firdaus (kiri) dan Azizulhasni kedua-duanya mendapat bimbingan daripada Beasley. - Foto FB Shah Firdaus

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley percaya Muhammad Shah Firdaus Sahrom sudah membuktikan betapa dia mampu menggalas tanggungjawab besar apabila diperlukan.

Beasley, berkata ini terbukti selepas pelumba negara itu berjaya memenangi pingat perak acara keirin di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir, kelmarin di saat Malaysia kehilangan Datuk Azizulhasni Awang yang terpaksa menarik diri atas nasihat daripada doktor.

"Saya sangat gembira melihat perkembangan prestasi Shah Firdaus, seluruh pasukan sudah lama menunggu saat ini. Kita semua tahu Shah Firdaus adalah pelumba berbakat dan sekarang kita sudah dapat melihat prestasinya semakin konsisten.

"Di Jakarta dia berjaya mara sehingga ke final dan hampir mendapat kedudukan di podium sebelum terbabit dengan kemalangan. Namun, selepas itu berjaya bangkit dan memenangi perak di sini (Kaherah).
Disyorkan Untuk Anda


"Ini membuktikan dia semakin konsisten dan ia adalah petanda yang positif. Paling penting sekarang dia mampu menggalas tanggungjawab selepas ketiadaan Azizulhasni yang cedera dan membuktikan dia semakin matang," kata Beasley.

Shah Firdaus yang juga pemenang gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022, menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.

Nakano memenangi emas dengan catatan masa 10.613s manakala gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686s.

Bulan lalu, Shah Firdaus turut melangkah ke final siri pertama Piala Negara-Negara di Jakarta, Indonesia dalam acara keirin dan di landasan terbaik untuk menaiki podium sebelum terbabit kemalangan dengan pelumba Australia, Sam Daikin sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.

Bagaimanapun, Azizulhasni berjaya menamatkan perlumbaan di pentas final itu di tempat kedua untuk memenangi perak.

Azizulhasni yang diberi julukan 'The Pocket Rocketman' tidak menyertai perlumbaan di Kaherah apabila terpaksa menarik diri atas nasihat daripada doktor dan beberapa fakor lain yang memerlukan dia berehat seketika.

Perlumbaan Piala Negara-Negara selepas ini akan beralih ke Milton, Kanada yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 23 April ini.

https://www.bharian.com.my/sukan ... s-tugas-azizulhasni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051818 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list