CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2172|Reply: 13

Baru 6 Bulan Kahwin Suami Gaji Dah Pasang Perempuan Lain, Siap ‘Angkut’ Naik Genting Highland Guna Kereta Isteri

[Copy link]
Post time 8-4-2023 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita mendedahkan dia dan suami hanya berkenalan selama lima bulan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.


Namun, kegembiraan yang dirasai berubah selepas suami mengenali dengan wanita berstatus pelajar pada bulan ketiga perkahwinan mereka sehingga ke tahap mahu berpisah.


Gambar hiasan.



"Dia jadi angau gila sampaikan fikir nak berpisah dengan saya. Sebelum kahwin, saya pernah cakap yang saya tak akan boleh terima orang lain.


"Sekarang ni dia berbelah bahagi. Dia tak nak buang saya dan pada masa sama dia sayangkan perempuan tu. Saya dan mak mentua dah jumpa dengan perempuan tu untuk beritahu hal sebenar, tapi perempuan tu masih buka ruang untuk suami saya," katanya.



Dalam pada itu timbul pula pelbagai pandangan yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangganya, termasuk dakwaan suaminya terkena sihir.


"Sebab mereka baru kenal tak sampai dua minggu dan suami angau gila. (Suami) layan saya macam saya tak wujud... sepatutnya dia mempertahankan saya sebagai isteri, tapi dia mempertahankan perempuan luar lebih daripada saya.


"Sakitnya hanya Allah yang tahu. Sebagai isteri, saya sangat sedih dan kecewa. Yelah, entah perempuan dari mana datang, tiba-tiba dua minggu je boleh buat suami lupakan saya.


"Suami pernah cakap 'awak dah terbaik untuk saya, tapi dengan dia, saya rasa tenang'. Yang sedihnya, kami baru enam bulan berkahwin," ujarnya.



Gambar hiasan.




Bukan sekadar itu, suaminya turut mengadu pada perempuan itu mengenai dirinya yang bersikap 'bossy' dan suka 'control'.


"Mana tidaknya, tiga bulan dia duduk rumah tak bekerja. Saya pula yang struggle buat semua benda. Paling sedih, suami tak suka travel atau jalan-jalan.


"Tapi dia boleh bawa perempuan tu jalan-jalan naik Genting, balik esok pagi dengan kereta yang saya bayar tiap-tiap bulan," katanya lagi.


Menerusi Twitter ConfessTweetMy, wanita tersebut turut mendedahkan bahawa sebelum suaminya bekerja dengan gaji RM1,500.


"Saya pula pelajar tapi saya kerja sambilan bahagian sales dan gaji RM4,000 ketika itu. Nak bantu dia, saya ajak suami untuk join sekali buat sales. Sekarang gaji dia dah RM3,000," luahnya.




Sumber: mStar, Twitter ConfessTweetMy











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2023 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak.. Get ur butt out from that guy la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Prinsip aku dulu sampei skarang xkan beghebut ke jantan.
Ko kawin baru sekentut,anak pn tader, gaji cukop mkn blah aje la dr hadap laki miang.
There's plenty of fish in the sea.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkkk …time kawen tu mmg hubby x bekerja ke?? Kawen baru 6 bulan nak serai dah…baru honeymoon phase kot…dah la kenal 5 bulan je
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je kan perempuan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Kenal kjp je dah nak kahwin. Mcm kahwin ni pencapaian terbesar diorg. Ntah buat ke tak kaji selidik background lelaki tu. Ntah laki orang ke,ada rekod jenayah ke.
ada ke cara nak check online status lelaki/perempuan? Senang utk diorg ni buat research.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 8-4-2023 09:39 AM
Ramai je kan perempuan buat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Kenal kjp je dah nak kahwin. Mcm ...

Pressured by urang sekeliling pun iya juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2023 08:28 PM | Show all posts
ye kot kena sihir agaknya
pelik semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2023 12:39 AM | Show all posts
Jgn pregnant plak kanggg panjang lagi cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Salahkan diri sndri dulu ye yg ko x sempat2 nk kahwin sedangkn baru 5 bulan kenal tu dah kenapa???x siasat dulu ke gaji dia bapa,savings dia berapa,hobi dia apa,makbapak adik beradik sanak sedara dia camne...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan gaji 3k xde maknanye kena sihir kak oii
.awak tu yg tergesa2 sgt kahwin dh kenapa.kenal 5 bulan je,xsempat kenal betul2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kalo dah angau mmg buruk..takyah la bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-4-2023 06:24 PM
Pressured by urang sekeliling pun iya juga.


Ada mak yg benci kat anak pompuan siap ckp patut la xde sapa nak kat ko..sbb jahat sgt. Ye betul la tu jahat sampai x kwen2 sampai tak patut ada keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 21-4-2023 09:13 AM
Ada mak yg benci kat anak pompuan siap ckp patut la xde sapa nak kat ko..sbb jahat sgt. Ye betul l ...

Kalau dah ditakdirkan utk stay single poreber, watpe nak lawan takdir?
Ada ka mak jahat mcm tu benci kat anak pompan sendiri? Watpe jaga, teruih bg kat onglen jadi anak angkat je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Better aku serai dr hidup ngan laki syaiton mcm ni. Apa kesah, kerja kereta semua aku ada. Suka2 nk hadap laki yg confirm merendek dlm kereta aku...puihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055042 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list