Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan mengingatkan penggiat seni di India terutama untuk tontonan penstriman secara digital agar tidak melampaui batas.
Ini termasuklah menghasilkan karya dengan unsur erotik, seks dan ghairah. Salman menegaskan agar segala konten bersifat sedemikian patut ditapis terlebih dahulu atau sama sekali tidak ditayangkan.
"Konten seks dan ghairah semua ini patut dihentikan. Remaja seawal usia 15 dan 16 tahun boleh menontonnya. Adakah kita mahu anak remaja kita menonton konten sedemikian?" katanya menerusi laporan Hindustan Times.
Katanya lagi, dunia Bollywoood sudah sekian lama disajikan dengan adegan cinta dan bercium dan itu cukup untuk dipertontonkan.
"Anda jangan melampaui batas. Kita tinggal dan ini India. Saya percaya, lebih bersih konten, anda akan mendapatkan tontonan yang lebih baik." katanya.
Sumber: GEMPAK
|