CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

Khabib kongsi 'tips' latihan ketika berpuasa

[Copy link]
Post time 10-4-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode

KHABIB jaguh yang tak pernah tewas.

London: Khabib Nurmagomedov memberikan beberapa panduan kepada atlet seni bela diri campuran (MMA) beragama Islam yang mahu meneruskan sesi latihan tanpa menjejaskan ibadah puasa mereka.

Dalam video yang dimuatnaik ke YouTube oleh saluran Macflix, bekas juara lightweight UFC itu berkongsi regim latihan khas yang pernah diamalkannya bersama rakan atlet lain ketika Ramadan.

Ketika ditanya mengenai panduan itu, Khabib Nurmagomedov berkata:

"Pada Ramadan saya berlatih satu setengah jam sebelum iftar pada setiap hari. Kebanyakan masa kami berlari, pecut dan senaman kardio.

"Manakala latihan membabitkan cengkaman, gusti dan bergusti di atas dinding sekitar 30 minit. Maksimum satu jam setengah sebelum iftar."

Khabib kini tersenarai dalam Forbes Rusia sebagai antara atlet paling berjaya di bawah usia 40 tahun.

Jaguh Dagestan itu bersara daripada sukan MMA dengan kemenangan sempurna 29-0 selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 untuk mempertahankan gelaran llightweight.

Bagaimanapun, Khabib mengakui tempoh masa satu jam setengah itu tidak mencukupi jika seseorang atlet itu berlatih untuk menghadapi perlawanan.

Menurutnya: "Jika anda mahu bertarung selepas Ramadan atau beberapa bulan selepas Ramadan seperti bertarung untuk MMA, saya fikir anda perlu berlatih dua kali ganda seperti sebelum iftar dan sebelum sahur."

Mengenai latihan mengangkat bebanan ketika Ramadan, 'The Eagle' berkata:

"Angkat berat? Jujurnya ketika anda berpuasa, tanpa minum dan tidak mengambil makanan selama 15-17 jam, agak sukar mengangkat bebanan. Saya suka melakukannya sebelum sahur. Tetapi sebelum iftar ia agak sukar."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... han-ketika-berpuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053555 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list