CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Shereen pecah rekod 400m kebangsaan

[Copy link]
Post time 16-4-2023 08:30 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun apabila mencatat 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Shereen, 25, yang mewakili Winona State University di Minnesota itu memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada tahun 1993 di Filipina.

Catatan terbaru direkodkan Shereen menyaksikan dia menamatkan saingan di kedudukan kelima pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hilmer Lodge.

Dia berada di belakang pelari Texas A&M University, Jermaisha Arnold yang muncul juara dengan catatan 50.79s diikuti rakan sepasukannya, Tierra Robinson-Jones kedua (51.01s) manakala atlet University of South Carolina, Jan'Taijah Jones ketiga (51.0s) dan Ziyah Holman dari University of Michigan keempat (51.60s).


Shereen sebelum ini empat kali meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dengan yang terakhir ketika memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, bulan lalu pada catatan 52.27s.

Kejayaan pelari yang juga anak kepada bekas atlet kebangsaan, Josephine Mary Singarayar itu meletakkan dia di landasan tepat dalam misi untuk memenangi emas 400m di Sukan SEA Kemboja, bulan depan.

Pada Sukan SEA Hanoi di Vietnam, tahun lalu, emas dimenangi atlet Vietnam, Nguyen Thi Huyen dengan catatan 52.83s.)

https://www.bharian.com.my/sukan ... kod-400m-kebangsaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.067274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list