View: 460|Reply: 0
|
Mati Dalam Penjara, Penyanyi Moneysign Suede Ditikam Banduan Lain
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap Moneysign Suede yang popular dengan lagu She Gon Choose ditemui mati di penjara dipercayai dibunuh oleh banduan lain di California, Amerika Syarikat pada Khamis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya, Moneysign atau Jaime Brugada Valdez, 22, ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas dia tidak kembali ke ruang selnya.
Bantuan kecemasan diberikan di tempat kejadian sebelum penyanyi itu dibawa ke pusat kemudahan kesihatan di dalam penjara sebelum disahkan meninggal dunia.
Pihak polis memaklumkan kes berkenaan kini masih dalam siasatan.
Sementara itu wakil peguam kepada Moneysign pula memaklumkan pihaknya menerima laporan penyanyi itu diserang sehari sebelum kejadian.
Pada 22 Disember tahun lalu, Moneysign dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan memiliki senjata api.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|