Nick juga sering memberitahu mengenai perjuangannya dalam menjaga kesihatan, untuk memberi kesedaran kepada peminat-peminatnya. Pada November tahun lalu, Nick berkongsikan empat tanda amaran jika mempunyai penyakit kencing manis tahap 1 iaitu, penurunan berat badan, dahaga yang berlebihan, kerap membuang air kecil dan mudah marah.
Kini, tahap kesihatan Nick semakin baik kerana dia menjaga kesihatan dengan teratur selama 20 tahun, penyakit yang dia hadapi itu bukanlah penghalang untuknya berjaya sehingga ke hari ini.
Apa-apa pun, jika masih diberi kesihatan yang baik maka jagalah ia sebaik mungkin kerana mencegah lebih baik dari merawat.
Sumber:
https://murai.my/2023/178279/nick-jonas-menghidap-kencing-manis/