|
IG
Susulan dituduh Nikita Mirzani membawa lari sejumlah barang berharga termasuk tas jenama mewah, Gucci miliknya, bekas suami pelakon kontroversi Indonesia itu mencabar agar dirinya membuat laporan polis.
Antonio Dedola atau lebih mesra disapa Toni itu manafikan segala tuduhan dibuat Nikita yang menggelarnya sebagai pencuri.
“Sila laporkan saya pada polis. Saya ‘takut’ sekarang, kamu tak mahu mendengar kebenarannya dan kamu tak ingin orang tahu tentang sifat buruk kamu.
“Jadi, kamu dipersilakan datang ke Jerman. Saya bakal melaporkan kamu di Jerman dengan ancaman kekerasan rumah tangga,” katanya di media sosial.
Kisah Nikita, 37, dan Toni mengundang perhatian apabila pelakon yang dicop pelacur itu membongkar perihal peribadinya di media sosial.
Melalui video yang dimuat naik itu, pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan itu menjelaskan dia bernikah dengan Toni pada 22 Jan lalu.
Bagaimanapun, pernikahan secara rahsia itu tidak bertahan lama apabila Toni dikatakan melarikan diri dari rumah kerana mereka sering bertengkar akibat pemuda itu tidak suka dengan kritikan netizen terhadap hubungan mereka.
Toni mendakwa beg termasuk perhiasan lain yang dilarikan itu adalah pemberian hadiah daripada Nikita.
Nikita juga baru-baru ini mengakui menampar, melempar gelas serta membaling seterika pada Toni gara-gara sakit hati terhadap kata-katanya.
Untuk rekod, Nikita pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun kesemuanya tidak bertahan lama.
Sumber: MalaysiaKini |
|