|
JUNGHOON
Lutut koyak, Junghoon bakal dibedah
MALANG tidak berbau buat anggota kumpulan Xikers iaitu Junghoon apabila mengalami kecederaan serius pada lututnya.
Kini, dia memberikan tumpuan terhadap rawatan untuk sembuh dengan segera.
Perkara tersebut dimaklumkan agensinya, KQ Entertainment bahwa Junghoon sudah mendapatkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
“Kami ingin memaklumkan tentang Junghoon. Baru-baru ini dia mengalami sakit lutut semasa menjalani aktiviti dalam jadualnya.
“Dia telah dibawa berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan menyeluruh.
“Berdasarkan keputusan pemeriksaan, penyanyi berusia 17 tahun itu telah disahkan menghidap Ligamen Anterior Cruciate (ACL) koyak,” kata wakil KQ Entertainment.
Pihak pengurusnya juga menjelaskan bahawa pemilik nama lengkap Kim Jung-hoon itu bakal menjalani pembedahan dan terapi fizikal.
“Selepas dibedah, Junghoon akan menjalani terapi fizikal dan menghentikan semua aktiviti supaya dapat pulih secepat mungkin,” ujar agensi lagi.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... hoon-bakal-dibedah/
|
|