View: 1322|Reply: 8
|
Doktor Kesan Ketumbuhan Baharu Di Payudara Marshanda, Dulu Terpaksa Pinjam Duit Untuk Rawatan Kanser
[Copy link]
|
|
Pelakon Marshanda berkongsi berita duka apabila kembali menghidap kanser selepas doktor mengesan terdapat ketumbuhan baharu pada bahagian payudara kirinya.
Kata Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, dia bakal melalui ujian pengimejan resonans magnet (MRI) bagi mengesahkan tahap kanser tersebut dan berharap ia masih di tahap yang boleh dirawat.
"Saya baru diberitahu bahawa ada tumor baharu di sebelah kiri (payudara). Saya bakal jalani MRI minggu hadapan.
"Saya hanya berharap yang terbaik, jangan sampai ada sesuatu yang tidak diingini oleh saya, keluarga dan orang-orang terdekat," katanya seperti yang dipetik dari Kompas.
Marshanda sebelum ini mendedahkan dia menghidap kanser payudara yang mula dikesan sekitar Disember 2021 dan selamat menjalani pembedahan pada Jun 2022.
Sementara itu, berkongsi perjalanan hidup ketika dia berdepan masalahan kesihatan itu, Marshanda berkata dia juga melalui fasa kesulitan dari sudut ekonomi sehingga terpaksa meminjam duit daripada orang sekeliling.
"Semenjak sakit, keadaan ekonomi saya juga merosot. Saya harus meminjam duit dari orang sekeliling. Saya ingin orang tahu bahawa dalam kesulitan, kita tidak berkeseorangan.
"Saya tidak sangka akan jadi seperti itu. Namun sekarang saya sudah pulangkan kembali wang yang dipinjam," jelasnya.
Marshanda juga dikatakan tidak banyak menerima tawaran kerja sebelum ini dan perlukan membiayai kos tinggi bagi tujuan perubatan.
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siannya ko marshanda, dh berhabis duit siap meminjam sana sini berubat, alih2 muncul ketumbuhan baru.. dulu comel giler ko ni, skrg pun masih comel, semoga sembuh ya.. ko pegi la buat content ngan baim, confirm view tinggi, ada la tambahan duit buat rawatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia ni. kesiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia cantik tetapi sangat malang dengannya. Berharap perkara baik akan datang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Alphabet Trains has made such a positive difference in our household. The Maple Landmarks Name Train is a toy that has captivated my son’s imagination, providing endless hours of fun and creative play. The personalized step stools are a wonderful addition, making everyday tasks a bit easier and adding a personal touch that my kids really appreciate. The classroom rugs have transformed our play area into a vibrant, welcoming space where my children love to play and learn. These products are thoughtfully designed and beautifully made, and they’ve truly enriched our family’s daily life.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga lekas sembuh, pelakon sinetron yg best masa topnya, Jangan Benci Bilang Cinta, byk lagi, sian Marshanda, dedulu mcm dia ada sakit mcm xsihat lama x berlakon, xsgka beliau hidap kanser. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke sheols ni ank.orka,family dia ada hotel kn..semoga cpt sembuh! |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia lawo. Dgn baim wong, yg muka ala2 omputeh tu sikit, cerita driver angkot tu... Baim org kaya. Skrg tgk series gajah tu ke apa... Chubby dia... Kesian. Ada isue kesihatan rupanya. Skrg ada balik canver dia. ... Comel. Dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols bipolar. Dgn kanser lg. Berat ujian. Semoga ada support system yg bagus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|